Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
147 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Takrifan perumahan mampu milik di Malaysia juga bergantung kepada agensi- agensi berkaitan, dengan harga jualan antara RM42,000 hingga RM400,000 seunit. Ini dapat disimpulkan bahawa dari perspektif Kerajaan Malaysia, rumah dengan harga RM300,000 ke bawah dianggap sebagai rumah mampu milik. Walau bagaimanapun, bagi sebilangan pemaju perumahan swasta, harga rumah RM500,000 hingga RM1 juta masih dianggap 'berpatutan' di kawassan Greater Kuala Lumpur ( Greater KL), tanpa mengendahkan pendapatan dan kemampuan isi rumah yang berpendapatan rendah dan sederhana. Bumiputera dan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia Bumiputera atau peribumi ialah penduduk asal sesuatu tempat. Di Malaysia, golongan yang di kira sebagai bumiputera adalah semua suku kaum Orang Asli, Melayu, peribumi Sabah dan peribumi Sarawak. Merujuk kepada Kementerian Pengajian Tinggi, takrifan bumiputera yang digunapakai bagi urusan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam adalah seperti berikut: a) Takrifan bumiputera bagi Semenanjung Malaysia – jika salah seorang ibu atau bapanya adalah seorang Melayu beragama Islam / Orang Asli sepertimana yang ditakrifkan dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan; b) Takrifan bumiputera bagi Sabah – Jika bapanya adalah seorang Melayu yang beragama Islam / Peribumi Sabah sepetimana yang ditakrifkan dalam Perkara 161 A (6) (b) Perlembagaan Persekutuan; dan c) Takrifan bumiputera bagi Sarawak – Jika bapa dan ibunya adalah seorang Peribumi Sarawak sepertimana yang ditakrifkan dalam Perkara 161 A (6) (a) Perlembagaan Persekutuan. Pada dasarnya, bumiputera merupakan satu terma yang dibina dan digunapakai dalam beberapa polisi utama negara, tetapi bukan dalam mana- mana perundangan mahupun dalam perlembagaan. Penyataan ini disokong melalui jawapan lisan semasa sesi Dewan Rakyat pada 17 Mac 2010 tentang persoalan yang dibangkitkan oleh YB Datuk Billy Abit Joo (Hulu Rajang)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy