Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
146 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam rumah mampu milik berbeza antara satu negara dengan negara yang lain, tetapi secara umumnya tujuan rumah mampu milik dibina adalah sama dari konteks memenuhi keperluan perumahan untuk golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Ia menjadi isu utama terutamanya di negara-negara yang sedang membangun di mana majoriti penduduknya tidak mampu membeli rumah pada harga pasaran. Masalah perumahan bandar di Malaysia adalah berkaitan dengan penawaran rumah mampu milik yang masih tidak dapat memenuhi permintaan penduduk bandar di negara ini (Nor Malina & Azrina, 2012). Cabaran memiliki rumah mampu milik di kawasan bandar memberi kesan kepada perbelanjaan isi rumah di mana ia akan mengurangkan kewangan keluarga untuk membeli makanan, membayar utiliti, perbelanjaan pengangkutan ke tempat kerja, pembiayaan kesihatan dan penjagaan anak, mengurangkan simpanan bagi kegunaan kecemasan, persaraan dan peluang lain seperti melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau bagi memulakan perniagaan kecil. Cabaran-cabaran ini mengakibatkan peluang-peluang meningkatkan taraf hidup semakin berkurang dan seterusnya kualiti kehidupan kian merosot. Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM) yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pula mendefinisikan rumah mampu milik sebagai rumah yang mampu dimiliki, berdaya huni dan selamat diduduki bagi memenuhi keperluan rakyat di bawah kumpulan yang berpendapatan B40 (isi rumah berpendapatan rendah dengan purata bulanan RM4,360 dan ke bawah) dan M40 (isi rumah berpendapatan sederhana dengan purata bulanan RM4,360 hingga RM9,619). Ia merangkumi perumahan yang disediakan sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan/Kerajaan Negeri/pemaju swasta atau secara kerjasama kerajaan-swasta. Cabaran memiliki rumah mampu milik di kawasan bandar memberi kesan kepada perbelanjaan isi rumah
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy