Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

145 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam LATAR BELAKANG Rumah merupakan antara keperluan asas yang penting untuk memastikan kesejahteraan hidup sentiasa terpelihara. Ia merupakan penunjuk utama dalam menilai tahap keupayaan serta kualiti hidup penduduk di sesuatu tempat. Pembangunan pesat dalam persekitaran bandar di Malaysia telah memberi kesan langsung terhadap permintaan dan penawaran sektor perumahan di bandar (Nor Malina et al., 2017). Sejajar dengan matlamat utama Dasar Perumahan Negara, pelbagai perubahan, penambahbaikan dan penekanan terhadap keperluan penyediaan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan mampu dibeli perlu dititikberatkan bagi memenuhi keperluan golongan yang disasarkan. Penambahbaikan yang berterusan telah membawa kepada beberapa perubahan dalam struktur, sistem dan pendekatan bagi menyediakan rumah mampu milik. Walaupun usaha-usaha ini telah menyokong pemilikan rumah, perkembangan persekitaran telah mewujudkan cabaran baharu yang perlu diuruskan dan ditangani dengan bijak berdasarkan strategi yang komprehensif, terutamanya cabaran dalam pemilikan rumah kediaman untuk bumiputera. Menurut Suhaida et al. (2011), perumahan adalah keperluan asas manusia dan merupakan salah satu komponen penting dalam ekonomi bandar. Pembangunan pesat dalam persekitaran bandar ketika ini telah memberi kesan langsung kepada keluarga di bandar untuk memiliki rumah sendiri (Nor Malina et al., 2017). KAJIAN LITERATUR Rumah Mampu Milik Rumah mampu milik merujuk kepada unit perumahan yang mampu dimiliki oleh satu kelompok masyarakat yang mempunyai pendapatan di bawah median pendapatan isi rumah (The Economic Times, 2020). Meskipun definisi Cabaran dalam pemilikan rumah kediaman untuk bumiputera perlu diuruskan dan ditangani dengan bijak berdasarkan strategi yang komprehensif

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy