Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

xvii Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Hasnul Ambia bin Abdullah Sani Cadangan Mewujudkan Pangkalan Data Sumber Manusia Penjawat Awam Yang Berpusat Dan Tepat ABSTRAK Keperluan untuk akses kepada infrastruktur maklumat kerajaan yang saling terhubung dan berintegrasi adalah kritikal bagi memudahkan kerajaan, sektor swasta dan pengguna menggunakan data sebagai asas dalam pembuatan keputusan bagi tujuan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan polisi baru. Infrastruktur maklumat bergantung pada teknologi maklumat, di mana aset asasnya adalah data. Dalam konteks Perkhidmatan Awam, pangkalan data sumber manusia penjawat awam yang berpusat (centralized), tepat (accurate), lengkap dan menyeluruh mampu untuk melihat keperluan sebenar setiap perjawatan di kementerian dan jabatan kerajaan berdasarkan job descriptions, fungsian perjawatan dan wajaran peruntukan yang disalurkan. Pengwujudan pangkalan data yang berpusat, tepat, saling terhubung dan berintegrasi ini mampu menjimatkan peruntukan kerajaan khususnya dalam proses rasionalisasi Perkhidmatan Awam. POIN NYATA • HRMIS pada masa ini didapati tidak menyeluruh dan tidak memberikan gambaran yang sebenar kedudukan sumber manusia penjawat awam di Malaysia • Sewajarnya data HRMIS sudah boleh digunakan sebagai data akhir untuk analisa dan pemprosesan maklumat yang lebih tepat • Cadangan pembersihan data ini telah berjaya dilaksanakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) Ju Hasliza binti Md Hussin Cabaran Bumiputera Dalam Pemilikan Rumah Di Greater Kuala Lumpur ABSTRAK Pemilikan rumah merupakan satu isu nasional yang membelenggu rakyat Malaysia pada hari ini terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang mencari rezeki di bandar- bandar besar seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Kualiti hidup yang baik di bandar tidak hanya diukur menerusi kemudahan dan infrastruktur yang tersedia, sebaliknya turut melibatkan keupayaan memiliki rumah dalam kalangan keluarga di bandar. Bumiputera menghadapi cabaran yang getir untuk memiliki rumah sendiri di Greater Kuala Lumpur kerana kebanyakan rumah yang dibina oleh pemaju perumahan tidak membenarkan mereka yang berada dalam kelompok isi rumah di bawah segmen B40 dan M40 untuk memiliki rumah disebabkan harga pasaran yang ditawarkan adalah di luar kemampuan. Meskipun pelbagai polisi dan insentif yang diberi dan diwujudkan oleh Kerajaan, namun ia masih lagi tidak berjaya meningkatkan penguasaan bumiputera dalam pemilikan hartanah kediaman. Kemampuan untuk memiliki sekurang-kurangnya

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy