Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
141 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Manakala implikasi kewangan bagi cadangan yang kedua agak rendah berbanding cadangan pertama. Besar kemungkinan kos yang diperlukan hanya melibatkan perisian bagi data integration dengan data daripada agensi- agensi yang berkaitan. Manakala selebihnya kos pada pelantikan kontraktor pihak ketiga bagi kerja-kerja data s anization yang mana JPA tiada kepakaran. SUMBANGAN KEPADA PERKHIDMATAN AWAM Sudah tiba masanya Perkhidmatan Awam mengorak selangkah ke hadapan menghadapi dunia digital yang lebih kompleks dan mencabar. Era digital kini menghargai setiap data yang ada dan melalui data tersebut mampu menghasilkan analisa yang membantu kerajaan membuat keputusan tepat, kolektif dan kalkulatif. Analisis yang tepat dalam menentukan jumlah dan nisbah sebenar penjawat awam yang diperlukan berdasarkan fungsian kerja dapat ditentukan dengan cepat, mudah dan efektif. Justeru, hasrat untuk mewujudkan pangkalan data sumber manusia penjawat awam yang berpusat ( centralized ) dan tepat ( accurate ) adalah bertepatan dengan visi Kerajaan ke arah Revolusi Industri 4.0 dalam menggalakkan penggunaan teknologi dan dorongan data ( data driven ) dalam menghasilkan dasar yang efektif dan komprehensif mencakupi semua lapisan rakyat Malaysia.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy