Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

140 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam iv. Proses Scrubbing Data. Setelah semua data tersebut diverifikasi berdasarkan identiti dan lokaliti, data tersebut sekali lagi akan melalui proses scrubbing bagi mengelakkan duplikasi atau pertindihan data. v. Proses Automasi Data. Setelah kesemua proses scrubbing selesai. Data tersebut akan diuji dan ditentusahkan semula. Kemudiannya data tadi akan diautomasikan ke dalam HRMIS bagi mengemaskini sebarang perubahan data baharu. Sebarang perubahan kepada pertukaran, penempatan, kenaikan pangkat, peningkatan gaji atau elaun pegawai akan diautomasikan secara serentak. vi. Penyulingan Data. Data penjawat awam yang telah dibersihkan akan melalui beberapa proses penyulingan secara berkala bagi memastikan ketepatan data dari semasa ke semasa. Cadangan pembersihan data ini telah berjaya dilaksanakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) ketika mana SPR dihujani dengan tohmahan dan fitnah berkaitan isu pengundi hantu, ketiadaan alamat pengundi, pengundi mati dan sebagainya. Menerusi kaedah ini, SPR telah berjaya membersihkan data pengundi dengan mencapai ketepatan 97.3% hasil kerjasama daripada JPN, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). IMPLIKASI KEWANGAN Anggaran kos bagi cadangan pemusatan data ini bakal melibatkan kos yang agak besar kerana memerlukan perisian bagi tujuan data integration dan perkakasan bagi tujuan penyimpanan data yang besar. Selain itu, kos tersebut juga melibatkan peningkatan tahap keselamatan bagi memastikan data yang disimpan tersebut selamat dan kebolehcapaiannya ( availability ) sentiasa boleh diakses. Cadangan pembersihan data ini telah berjaya dilaksanakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy