Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

139 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Janaan data daripada sistem yang berpusat dan bersepadu ini akan menghasilkan analisa sumber manusia yang lebih tepat dan cepat dalam memastikan sesuatu dasar diputuskan dan dilaksanakan secara efektif berdasarkan dorongan data ( data driven ). b. Pelan Jangka Masa Pendek Data HRMIS sedia ada dipautkan sementara ( temporary linked ) dengan data perjawatan dan penskiman daripada BPO termasuk data peruntukan daripada MOF. Janaan data daripada kombinasi data-data ini akan menghasilkan output yang lebih konklusif khususnya dalam melaksanakan Dasar Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam (DKSPA). Ini kerana data yang dijana disandarkan kepada jumlah perjawatan dan jumlah peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan. Pembersihan data HRMIS ( data cleansing ). Proses ini memerlukan beberapa fasa tindakan seperti berikut: i. Pengeluaran surat Arahan Pekeliling bagi pengwujudan task force di setiap kementerian/jabatan untuk tempoh tertentu bagi mengemaskini semua maklumat pegawai di jabatan masing-masing ke dalam sistem HRMIS. ii. Pengeluaran surat Arahan Pekeliling kepada semua penjawat awam untuk mengemaskini maklumat terkini peribadi masing-masing untuk tempoh tertentu. iii. Proses Verifikasi Data. Setelah kesemua data dikemaskini, data penjawat awam kemudiannya dikluster dan disahkan ( data validation ) mengikut kementerian/jabatan masing-masing bagi memastikan data pegawai tidak bertindih dan terkini. Bagi peringkat verifikasi seterusnya, data tersebut ditentusahkan dengan pangkalan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Akauntan Negara (JAN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan ketulenan dan kesahihan data.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy