Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
138 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam TUJUAN KAJIAN Melihat dari aspek bancian penduduk khususnya melibatkan penjawat awam, sewajarnya data HRMIS sudah boleh digunakan sebagai data akhir untuk analisa dan pemprosesan maklumat yang lebih tepat bagi mengukur dan mengkaji kadar elaun sara hidup berdasarkan kawasan, jumlah gaji mengikut kadar inflasi semasa dan keperluan nisbah sebenar perjawatan mengikut jumlah penduduk di Malaysia. Manakala jika dilihat dari aspek dasar rasionalisasi Perkhidmatan Awam, data yang lengkap, tepat dan menyeluruh mampu untuk melihat keperluan sebenar setiap perjawatan di kementerian dan jabatan kerajaan berdasarkan job descriptions, fungsian perjawatan dan wajaran peruntukan yang disalurkan. Kaedah ini yang digunakan oleh Perkhidmatan Awam United Kingdom (UK) dan Canada dalam menggunakan Big Data Analytic (Kim, 2019) dalam mengkonsolidasi data sumber manusia sedia ada yang tepat dan menyeluruh dengan data-data relevan yang lain untuk menentukan jumlah dan nisbah yang ideal bagi pengisian dan penempatan yang bersesuaian seseorang penjawat awam. Kaedah ini telah menjimatkan hampir GBP2 bilion setahun kepada sektor awam di UK. Cadangan ini dibahagi kepada dua proses yang berbeza iaitu pemusatan ( centralized ) data dan pembersihan ( cleansing ) data. Pemusatan data penjawat awam a. Pelan Jangka Masa Panjang Pemetaan sumber manusia Perkhidmatan Awam yang lebih efektif dapat dijana dengan memusatkan data-data penting daripada semua agensi Kerajaan yang berkaitan seperti keselamatan, pengenalan diri, kesihatan, perkhidmatan dan keseluruhan data HRMIS ke dalam satu pangkalan data yang bersepadu. Sewajarnya data HRMIS sudah boleh digunakan sebagai data akhir untuk analisa dan pemprosesan maklumat yang lebih tepat
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy