Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

137 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PERMASALAHAN KAJIAN Umum mengetahui keseluruhan data sumber manusia 1.7 juta penjawat awam di Malaysia disimpan, diselenggara dan diselaraskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi Human Resource Management System (HRMIS). Data sumber manusia penjawat awam yang disimpan di dalam HRMIS merangkumi maklumat peribadi pegawai, butiran keluarga, umur, darah, pendidikan, perkhidmatan, gaji, gred, skim dan lain-lain maklumat asas. Struktur dan atribut data sumber manusia di dalam HRMIS ini telah disusun berdasarkan susunan hierarki bagi kegunaan organisasi, kumpulan dan individu. Walau bagaimanapun, pangkalan data penjawat awam yang terdapat di dalam HRMIS pada masa ini didapati tidak menyeluruh dan tidak memberikan gambaran yang sebenar kedudukan sumber manusia penjawat awam di Malaysia. Ini kerana sebahagian data penting sumber manusia penjawat awam seperti data perjawatan dan penskiman masih disimpan dan diselia secara berasingan oleh Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), JPA. Manakala data sumber manusia melibatkan peruntukan dan bajet pula disimpan dan diselia oleh Kementerian Kewangan (MOF). Ketiadaan data yang lengkap dan menyeluruh ini menyukar proses analisis keseluruhan penjawat awam di Malaysia dan menyebabkan ketidakseimbangan dalam konteks pemprosesan analisis data. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik (BPMS), JPA, ketepatan data penjawat awam di dalam sistem HRMIS hanya sekitar 60-70 peratus sahaja. Peratusan ketidaktepatan yang besar ini bukan sahaja mengganggu analisa sumber manusia penjawat awam malah akan memberi gambaran yang salah terhadap output kajian yang bakal dilaksanakan. HRMIS pada masa ini didapati tidak menyeluruh dan tidak memberikan gambaran yang sebenar kedudukan sumber manusia penjawat awam di Malaysia

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy