Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

136 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Cadangan Mewujudkan Pangkalan Data Sumber Manusia Penjawat Awam Yang Berpusat Dan Tepat Hasnul Ambia bin Abdullah Sani, M48 ABSTRAK Keperluan untuk akses kepada infrastruktur maklumat kerajaan yang saling terhubung dan berintegrasi adalah kritikal bagi memudahkan kerajaan, sektor swasta dan pengguna menggunakan data sebagai asas dalam pembuatan keputusan bagi tujuan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan polisi baru. Infrastruktur maklumat bergantung pada teknologi maklumat, di mana aset asasnya adalah data. Dalam konteks Perkhidmatan Awam, pangkalan data sumber manusia penjawat awam yang berpusat ( centralized ), tepat ( accurate ), lengkap dan menyeluruh mampu untuk melihat keperluan sebenar setiap perjawatan di kementerian dan jabatan kerajaan berdasarkan job descriptions, fungsian perjawatan dan wajaran peruntukan yang disalurkan. Pengwujudan pangkalan data yang berpusat, tepat, saling terhubung dan berintegrasi ini mampu menjimatkan peruntukan kerajaan khususnya dalam proses rasionalisasi Perkhidmatan Awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy