Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

xvi Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam - persekitaran kerja; dan - pertukaran sosial. • Cadangan kaedah pengurusan prestasi: - mewujudkan sistem pengurusan prestasi yang objektif dan terpandu; - meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan; - melaksanakan dasar pemisah yang lebih menyeluruh; dan • Melaksanakan program pembentukan tingkah laku positif dan latihan pekerjaan secara berterusan Haini Syariah binti Mohamed Zan Kepentingan Pembelajaran Secara Dalam Talian Dalam Menyumbang Ke Arah Melahirkan Pegawai Awam Berkompetensi Tinggi ABSTRAK Di dalam era teknologi digital yang sedang berkembang pesat ini, pembelajaran secara dalam talian bukanlah sesuatu yang baharu terutamanya dikalangan pegawai awam. Tsunami digital melalui Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) kini telah mula menguasai landskap Perkhidmatan Awam. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir golongan yang masih memandang enteng serta kurang memahami kepentingan dan kelebihan yang boleh diperolehi melalui pembelajaran secara dalam talian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti platform pembelajaran dalam talian yang boleh digunakan, kelebihan dan potensi impak yang akan diperolehi bagi pegawai awam terutamanya ketika penularan pandemik COVID-19 di Malaysia yang menjadikan teknologi digital sebagai satu keperluan dan norma baharu dalam kehidupan seharian. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengehadkan pergerakan, sentuhan dan kehidupan sosial kita untuk satu jangka masa yang agak panjang. Impaknya, program-program latihan yang sebelum ini dirancang untuk dilaksanakan secara fizikal kini perlu ditangguh atau diubah modus operandinya kepada pembelajaran dalam talian. POIN NYATA • Pegawai awam yang berkompetensi tinggi dalam teknologi digital akan menyumbang kepada Perkhidmatan Awam yang responsif dan produktif • Pembelajaran secara dalam talian ini menjadi asas di dalam melahirkan pegawai awam yang berkemahiran untuk menentukan apa yang ingin dipelajari, menetapkan matlamat yang jelas serta mampu berdikari dalam menambahbaik potensi diri ke arah yang lebih baik • Pegawai awam perlu mengoptimumkan platform pembelajaran dalam talian yang telah disediakan oleh Kerajaan ataupun sebarang platform lain yang tersedia bagi memastikan kita sebagai pegawai awam terus kekal relevan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy