Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

132 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam RUMUSAN Inisiatif Kerajaan Elektronik di Malaysia telah berevolusi semenjak tahun 1995. Evolusi bermula dari era eGov1.0 (berasaskan informasi) kepada eGov2.0 (berasaskan transaksi). Seterusnya berevolusi ke arah Kerajaan Digital 3.0 yang berasaskan transformasi dan sehingga yang terkini ke era Kerajaan Digital. Evolusi ini telah memberikan impak besar kepada Perkhidmatan Awam; iaitu tsunami digital yang sedang melanda sekarang ini. Teknologi seperti IoT, Cloud, AI, Big Data, Block Chain, RPA, Virtual and Augmented Realities kini telah menguasai persekitaran kita dan boleh mengubah cara kita menjalani kehidupan seharian dan juga cara kita bekerja. Teknologi digital ini, ditambah pula dengan situasi semasa negara sekarang iaitu penularan pandemik COVID-19 telah merubah landskap Perkhidmatan Awam dan mengubah cara kita bekerja untuk menjadikan kita lebih efektif dan efisyen ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. Bagi memastikan pegawai awam sentiasa bersedia dengan ledakan teknologi baharu ini, semua pegawai awam di semua peringkat dan merentasi semua skim perlu diberi pendedahan dan dilengkapkan dengan keupayaan dan kemahiran digital. Untuk itu, pegawai awam perlu mengoptimumkan platform pembelajaran dalam talian yang telah disediakan oleh Kerajaan ataupun sebarang platform lain yang tersedia bagi memastikan kita sebagai pegawai awam terus kekal relevan. Di dalam Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 juga, antara perkara yang dititik beratkan dan menjadi salah satu daripada Teras Strategik adalah Modal Insan. Modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran serta berinovatif merupakan faktor penting ke arah menyokong pembangunan Negara, lebih-lebih lagi dalam mendepani cabaran pelaksanaan Kerajaan Digital yang sememangnya mencabar.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy