Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
131 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam menyemak soalan dan komen antara satu sama lain selain bantuan pengajaran dapat diperolehi dari tenaga pengajar. Open edX pula merupakan platform sumber terbuka yang menjadi tunjang kepada kursus EDX dan boleh didapati secara percuma secara online. Dengan Open EDX, Pengajar dan ahli teknologi boleh membina alatan pembelajaran dan menyumbang ciri baru keatas platform ini dengan mencipta penyelesaian inovatif untuk kebaikan pelajar dimana sahaja mereka berada. KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA DALAM TALIAN Terdapat pelbagai kelebihan yang boleh diperolehi melalui pembelajaran secara dalam talian seperti berikut: i. Penjimatan masa dan kos yang lebih optimum; ii. Mengoptimumkan penggunaan sumber; iii. Pembelajaran secara interaktif (melalui audio, video dan e-book); iv. Pembelajaran secara lebih berkesan melalui pendekatan pembelajaran secara lebih berstruktur dan bersepadu; v. Pengurusan masa yang lebih teratur kerana boleh memilih masa untuk mengikuti pembelajaran tersebut; vi. Fleksibel; boleh mengikuti pembelajaran di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja; vii. Kos untuk mengikuti pembelajaran tersebut lebih murah berbanding pembelajaran secara fizikal. Kos logistik juga dapat dikurangkan; viii. Kursus yang ditawarkan secara dalam talian kebiasaannya banyak dan pelbagai. Untuk itu, kita dapat memantapkan kompetensi diri dalam pelbagai bidang; dan ix. Membantu dalam kemajuan kerjaya. pegawai awam perlu mengoptimumkan platform pembelajaran dalam talian yang telah disediakan oleh Kerajaan ataupun sebarang platform lain yang tersedia bagi memastikan kita sebagai pegawai awam terus kekal relevan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy