Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

130 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam iii. LinkedIn Learning LinkedIn Learning merupakan platform pembelajaran secara dalam talian yang fleksibel dan kandungan di dalam LinkedIn Learning ini terbahagi kepada komponen berikut: • Leadership & Management • Functional Roles • Technology & Software Engineering • Professional Development & Business Software iv. Coursera Coursera diasaskan oleh Profesor Sains Komputer Andrew Ng dan Daphne Koller dari Universiti Stanford yang menawarkan kursus secara atas talian pada Skala Besar (MOOC). Coursera bekerjasama dengan universiti bagi membolehkan kursus- kursus yang ditawarkan boleh dipelajari secara dalam talian dan diajar oleh tenaga pengajar terkemuka dari universiti dan syarikat bertaraf dunia. Kursus-kursus yag boleh diperolehi melalui platform ini meliputi bidang fizik, kejuruteraan, kemanusiaan, perubatan, biologi, sains sosial, matematik, perniagaan, sains komputer dan lain lain. v. EDX EDX merupakan platform pembelajaran atas talian dan pembekal MOOC. Ia menawarkan kursus yang berkualiti dari universiti dan institusi. Setiap pembelajaran terdiri daripada video pendek berselang- seli dengan latihan pembelajaran interaktif. Kursus di EDX menyediakan video tutorial yang ditumpukan pada kumpulan kecil, perbincangan, buku teks dalam talian dan forum perbincangan dalam talian di mana pelajar boleh menghantar dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy