Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

129 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam • Lebih daripada 500 channel yang di dalamnya mengandungi 120,000 kandungan termasuk lebih daripada 8,000 kursus, 65,000 video, dan 46,000 ebook; • Bahan pembelajaran melibatkan kompetensi dan keupayaan yang diiktiraf oleh Subject Matter Expert (SME) bagi bidang- bidang yang berkaitan; • Blended learning (watch, read, listen) – Bahan pembelajaran yang disediakan di dalam platform ini disediakan dalam pelbagai bentuk seperti video, ebook dan audio bagi memenuhi keperluan pengguna; dan • Aspire Journey – Menawarkan roadmap ke arah laluan kerjaya berdasarkan modul pembelajaran terpilih yang boleh membantu memperkasakan kompetensi pegawai awam. ii. E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) EPSA merupakan satu nama yang tidak asing lagi bagi pegawai awam. EPSA adalah inisiatif Kerajaan Malaysia dan INTAN diberikan mandat untuk menggalakkan penggunaan ICT kepada kakitangan awam untuk tujuan pembelajaran berterusan dan sepanjang hayat. Setiap penjawat awam sama ada pra, di dalam atau selepas perkhidmatan layak menjadi ahli EPSA yang disediakan bebas dan mudah. Semua keahlian bagaimanapun, tertakluk kepada dasar privasi. Terdapat lima (5) komponen EPSA iaitu: • Portal EPSA • Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) • Sistem Kolaboratif Pembelajaran • Infrastruktur • Bahan Kursus

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy