Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

128 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PERMASALAHAN/PERSOALAN KAJIAN Walaupun platform secara dalam talian telah disediakan untuk kemudahan dan kegunaan pegawai awam samada secara percuma atau berbayar, masih wujud pelbagai alasan bagi menidakkan kemudahan ini. Antara alasan paling kerap diberikan adalah tiada kemudahan mencukupi (komputer riba/internet), tidak kompeten untuk menggunakan platform dalam talian, tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengikuti kursus tersebut dan lebih suka untuk mengikuti pembelajaran secara face to face atau pendekatan secara fizikal. PLATFORM PEMBELAJARAN DALAM TALIAN Terdapat pelbagai platform sedia ada yang boleh dipilih untuk dimanfaatkan oleh pegawai awam dalam usaha untuk mempertingkatkan kompetensi diri masing-masing. Berikut merupakan sebahagian daripada platform yang boleh dicapai oleh pegawai awam: i. DGCCR Online Learning DGCCR Online Learning merupakan salah satu daripada program di bawah Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) Sektor Awam yang bertujuan untuk mempersiapkan pegawai awam dengan pengetahuan terkini berteraskan kepada rangka kerja DGCCR. Program ini menggunapakai platform Percipio yang merupakan platform pembelajaran dalam talian yang dimiliki oleh Skillsoft yang merupakan peneraju global dalam membekalkan sumber sokongan pembelajaran berkualiti dan berprestasi tinggi serta inovatif secara dalam talian. Percipio menawarkan rangkaian bahan pembelajaran yang komprehensif serta berpaksikan kepada pengguna (customer-led experience) seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy