Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
127 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PENDAHULUAN Malaysia kini menuju ke arah menjadi Negara yang maju dan giat melaksanakan agenda transformasi. Merujuk kepada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) 2016-2020, penerimagunaan teknologi digital diletakkan di bawah strategi utama ekonomi makro dan disesuaikan dengan mengambil kira perkembangan baharu. Ia akan memacu produktiviti pada peringkat nasional, sektor dan perusahaan bagi memastikan pertumbuhan yang mampan dan inklusif. Pegawai awam yang berkompetensi tinggi dalam teknologi digital akan menyumbang kepada Perkhidmatan Awam yang responsif dan produktif melalui inisiatif-inisiatif digital baharu yang diwujudkan dan seterusnya dapat diperluaskan ke seluruh Perkhidmatan Awam. Untuk itu, pemantapan kompetensi diri perlu sentiasa dititikberatkan. Pembelajaran secara dalam talian ini berkonsepkan kepada pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menggunakan media yang mempunyai grafik visual, perkataan, animasi, video ataupun audio. Pembelajaran secara dalam talian ini menjadi asas di dalam melahirkan pegawai awam yang berkemahiran untuk menentukan apa yang ingin dipelajari, menetapkan matlamat yang jelas serta mampu berdikari dalam menambahbaik potensi diri ke arah yang lebih baik. Pegawai awam yang berkompetensi tinggi dalam teknologi digital akan menyumbang kepada Perkhidmatan Awam yang responsif dan produktif Pembelajaran secara dalam talian ini menjadi asas di dalam melahirkan pegawai awam yang berkemahiran untuk menentukan apa yang ingin dipelajari, menetapkan matlamat yang jelas serta mampu berdikari dalam menambahbaik potensi diri ke arah yang lebih baik
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy