Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

126 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Kepentingan Pembelajaran Secara Dalam Talian Dalam Menyumbang Ke Arah Melahirkan Pegawai Awam Berkompetensi Tinggi Haini Syariah binti Mohamed Zan, F44 ABSTRAK Di dalam era teknologi digital yang sedang berkembang pesat ini, pembelajaran secara dalam talian bukanlah sesuatu yang baharu terutamanya dikalangan pegawai awam. Tsunami digital melalui Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) kini telah mula menguasai landskap Perkhidmatan Awam. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir golongan yang masih memandang enteng serta kurang memahami kepentingan dan kelebihan yang boleh diperolehi melalui pembelajaran secara dalam talian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti platform pembelajaran dalam talian yang boleh digunakan, kelebihan dan potensi impak yang akan diperolehi bagi pegawai awam terutamanya ketika penularan pandemik COVID-19 di Malaysia yang menjadikan teknologi digital sebagai satu keperluan dan norma baharu dalam kehidupan seharian. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengehadkan pergerakan, sentuhan dan kehidupan sosial kita untuk satu jangka masa yang agak panjang. Impaknya, program-program latihan yang sebelum ini dirancang untuk dilaksanakan secara fizikal kini perlu ditangguh atau diubah modus operandinya kepada pembelajaran dalam talian.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy