Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

xv Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam POIN NYATA • Social media is an effective way to crowd source information and feedback • Leverage the government social media profiles as a way to interact with the public and communicate directly with them • Social media is an efficient and low-cost distribution channel to spread messages • The public sector has to utilize social media as an innovative way to maximize awareness and citizen engagement • Government organizations can leverage their credibility as a government agency by educating the netizen and the public as a whole Dr. Fatimah Hanum binti Mohamad Hajari Prestasi Kerja Penjawat Awam: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi, Cabaran Dan Cadangan Pengurusan ABSTRAK Prestasi kerja merupakan satu elemen penting dalam pengurusan sumber manusia bagi sesebuah organisasi. Bagi perkhidmatan awam prestasi kerja merupakan satu petunjuk kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat keseluruhannya. Cabaran pengurusan prestasi telah lama menjadi isu yang dibincangkan di pelbagai forum termasuk di media massa. Pelbagai aduan diterima oleh Biro Pengaduan Awam dan juga dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan antaranya penyampaian perkhidmatan yang lemah, pegawai yang tidak ramah, cuai serta kurang integriti. Kajian lalu telah melaporkan beberapa faktor yang boleh mempengaruhi prestasi kerja, antaranya; kawalan tingkah laku dan sikap, persekitaran kerja dan pertukaran sosial. Faktor-faktor ini boleh memberi kesan kepada peningkatan atau pengurangan prestasi kerja pekerja dalam sesebuah organisasi. Justeru, empat kaedah pengurusan prestasi telah dicadangkan bagi meningkatkan prestasi kerja dalam pekhidmatan awam iaitu; mewujudkan sistem pengurusan prestasi yang objektif dan terpandu, meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan, melaksanakan dasar pemisah (exit policy) yang lebih menyeluruh, dan melaksanakan program-program pembentukan tingkah laku positif dan latihan pekerjaan secara berterusan. POIN NYATA • Pekerja yang berprestasi tinggi merupakan aset kepada organisasi sebagai pemangkin pertumbuhan dan menjadi sumber motivasi kepada rakan sekerja • Prestasi kerja penjawat awam sering dikaitkan dengan sikap selesa dengan pekerjaan, di mana, kerja sebagai penjawat awam dianggap pekerjaan seumur hidup dan kebal dari sebarang tindakan • Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kerja: - kawalan tingkah laku dan sikap pekerja;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy