Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

121 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam memastikan prestasi penjawat awam berada pada tahap yang optimum untuk penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Menurut Abdul Rahim (2012), latihan yang sesuai yang diberikan kepada pekerja akan membantu mereka meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan pekerjaan serta menunjukkan prestasi yang lebih baik di tempat kerja. Bakker dan Demerouti (2012) dan Markos dan Sridevi (2010) juga telah melaporkan penemuan serupa bahawa pekerja dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan, merasa lebih yakin dalam melaksanakan pekerjaan mereka dan dapat bekerja dengan pengawasan yang minimum. Peningkatan pengetahuan dan kemahiran juga menyumbang kepada tingkah laku seperti ketahanan diri dan optimism. Justeru, perkhidmatan awam perlu meningkatkan pelaksanaan program-program Pembentukan tingkah laku positif dan membuka peluang latihan dalam pekerjaan secara berterusan. PENUTUP Perkhidmatan awam merupakan satu organisasi penting bagi sesebuah negara. Justeru, perkhidmatan awam perlu memastikan setiap penjawat awam boleh melaksanakan tugas yang diberi dengan cemerlang dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan. Melalui empat cadangan pengurusan prestasi yang diberikan, dijangka perkhidmatan awam dapat memastikan tiga faktor yang mempengaruhi prestasi iaitu, kawalan tingkah laku dan sikap, persekitaran kerja dan pertukaran sosial dapat dipantau. Melalui satu sistem penilaian prestasi yang subjektif dan terpandu serta persekitaran kerja yang mempunyai sistem pemantauan dan penguatkuasaan yang baik, dijangkakan penjawat awam akan lebih berpuas hati dan yakin bahawa mereka diuruskan dengan adil dan saksama. Ianya merupakan satu bentuk pertukaran sosial dengan janji bahawa perkhidmatan awam (majikan) akan memastikan penjawat awam (pekerja) terus dibela. Penjawat awam akan lebih bermotivasi untuk bekerja dan menunjukan komitmen terhadap tugasan yang diamanahkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy