Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

120 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam 3. Melaksanakan Dasar Pemisah ( Exit Policy ) Yang Lebih Menyeluruh Ketika ini Dasar Pemisah yang mula dilaksanakan pada tahun 2015 hanya memberi fokus kepada pegawai yang memperoleh markah 60 dan ke bawah (Pekeliling perkhidmatan bilangan 7 tahun 2015: Pelaksanaan dasar pemisah ( Exit Policy ). Dalam keadaan biasa, ada penilai yang masih memberi markah melebihi 60, walaupun telah dikenal pasti bahawa pegawai berprestasi rendah dan bermasalah kerana tidak menjalankan tugas. Justeru, pelaksanaan dasar pemisah tidak dapat dilaksanakan dengan baik selagi tiadanya pelaksanaan penilaian tahunan yang objektif dan terpandu. Dasar pemisah juga boleh diperluaskan dengan memberi peluang pegawai-pegawai yang tidak lagi berminat untuk bekerja dalam perkhidmatan awam bersara awal dengan pembayaran saraan pencen serta merta. Peraturan sedia ada dalam pengurusan persaraan dalam perkhidmatan awam membenarkan penjawat awam bersara awal, namun mereka hanya akan dibayar saraan pencen setelah mencapai umur tertentu. Peraturan ini menyebabkan adanya pegawai yang tidak lagi berminat untuk bekerja dalam perkhidmatan awam, namun tidak mahu bersara awal kerana adanya komitmen kewangan yang mendesak. Tindakan ini akan menyebabkan tugasan dilaksanakan secara sambil lewa dan seterusnya memberi kesan kepada prestasi pekerjaan. Penambahbaikan kepada pekeliling dasar pemisah boleh dilaksanakan dengan membenarkan pegawai bersara awal dengan pembayaran saraan pencen serta merta. Kaedah ini akan memberi peluang perkhidmatan awam dipelopori oleh majoriti penjawat awam yang benar-benar komited dengan pekerjaan. 4. Melaksanakan Program-Program Pembentukan Tingkah Laku Positif dan Latihan Pekerjaan Secara Berterusan Program-program pembentukan tingkah laku positif dan latihan pekerjaan perlu dilaksanakan secara berterusan untuk memastikan penjawat terus berprestasi baik. Pelbagai usaha ini terutamanya dalam menerapkan nilai-nilai positif kepada penjawat awam boleh membantu

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy