Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

119 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam ini, pekerja yang berprestasi rendah boleh dibantu atau diambil tindakan penambahbaikan lebih awal dan tidak dibiarkan tanpa pemantauan. 2. Meningkatkan Pemantauan dan Penguatkuasaan Salah satu elemen kontra dalam pengurusan prestasi penjawat awam adalah kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan (Fatimah Hanum, 2020). Terdapatnya pandangan bahawa, ketua hanya memberikan perhatian dan tugasan kepada pegawai yang berprestasi baik serta mengabaikan mereka yang berprestasi rendah secara berterusan. Ini kerana, mengurus pekerja yang berprestasi tinggi lebih mudah dan cepat. Ketua juga hanya ingin memastikan tugasan selesai pada masanya dan tidak berusaha menyelesaikan masalah pengurusan sumber manusia. Tanpa pemantauan dan penguatkuasaan, pekerja yang bermasalah dan berprestasi rendah tidak dapat dikesan awal dan akan mengakibatkan masalah dalam jangka masa panjang. Pegawai yang berprestasi rendah akan merencatkan proses pelaksanaan tugasan di tempat kerja dan menggugat keharmonian organisasi. Pemberian tugas kepada hanya pegawai yang berprestasi baik akan mewujudkan rasa tidak puas hati yang berterusan dan akhirnya akan menggugat keharmonian organisasi. Pegawai berprestasi baik akan berterusan melaksanakan tugas kerana perlunya memastikan tugasan yang diberi dilaksanakan dengan baik dan pada masa yang sama pegawai akan berasa tiadanya keadilan dan memendam emosi. Tanpa kawalan awal, pegawai yang berprestasi baik ini juga mungkin akan menjadi bermasalah jika tidak lagi dapat membendung emosi negatif dalam diri. Manakala, pegawai berprestasi rendah akan berterusan merasa selesa dengan tidak melaksanakan tugasan dengan baik kerana tiadanya tindakan dilaksanakan atas salah laku atau prestasi rendah yang ditunjukkan. Justeru, tindakan pemantauan dan penguatkuasa perlu diambil secara berterusan dan ketua perlu memastikan, tindakan diambil dengan telus dan adil.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy