Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

118 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam CADANGAN KAEDAH PENGURUSAN PRESTASI PENJAWAT AWAM MALAYSIA 1. Mewujudkan Sistem Pengurusan hjkhhkh Prestasi Yang Objektif dan Terpandu Bagi mewujudkan pengurusan prestasi pekerja yang lebih baik dalam perkhidmatan awam, satu sistem pengurusan prestasi yang lebih objektif dan terpandu perlu dibangunkan. Dalam perkhidmatan awam, penilaian prestasi dilaksanakan menggunakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan Indikator Utama Prestasi (Key Performance Indicator- KPI) (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2011: Sistem penilaian prestasi pegawai perkhidmatan awam di bawah saraan baru perkhidmatan awam, 2011) . LNPT digunakan bagi menilai pegawai-pegawai dalam kalangan Pengurusan dan Profesional (Gred 56 - Gred 41) dan juga kumpulan pelaksanan (Gred 40 dan ke bawah) (Kassim, 2016). Manakala KPI digunakan untuk menilai pegawai- pegawai di kedudukan pengurusan tertinggi. Walaupun, terdapatnya kriteria-kriteria tertentu di bawah LNPT dan KPI, seperti elemen pelaksanaan tugas dan keperibadian, namun, terdapat penilai yang memberikan markah berdasarkan penilaian peribadi yang subjektif. Justeru, penilaian secara objektif dan terpandu perlu dilaksanakan. Sebagai contoh, sekiranya penilai ingin memberikan markah dalam lingkungan cemerlang iaitu 9 hingga 10 daripada 10 markah, penilai perlu memberikan bukti-bukti jelas pelaksanaan tugasan oleh pegawai. Begitu juga dari segi markah keperibadian, disiplin dan menepati masa, penilai perlu memberikan markah dengan bukti-bukti seperti laporan tingkah laku bulanan atau jadual pelaksanaan tugas. Pemberian penilaian kerja yang objektif dan terpandu akan membantu organisasi membuat penilaian yang telus dan tepat berkaitan prestasi kerja. Melalui kaedah Cadangan kaedah pengurusan prestasi: ▪ mewujudkan sistem pengurusan prestasi yang objektif dan terpandu; ▪ meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan; ▪ melaksanakan dasar pemisah yang lebih menyeluruh; dan ▪ melaksanakan program pembentukan tingkah laku positif dan latihan pekerjaan secara berterusan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy