Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

117 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam mereka akan lebih menghargai organisasi dan pekerjaan, sehingga mewujudkan kesesuaian antara mereka dan organisasi. Tahap kesesuaian yang tinggi boleh mengakibatkan peningkatan komitmen organisasi, penurunan kadar berhenti kerja dan peningkatan tingkah laku positif (Fatimah Hanum, 2020). 3. Pertukaran Sosial ( Social Exchange ) Dalam organisasi, pekerja biasanya mencari keseimbangan dalam persekitaran kerja mereka dengan memiliki sumber yang diperlukan untuk melakukan pekerjaan seperti, gaji atau elaun yang mencukupi, kemudahan yang baik serta sokongan dan pengawasan yang baik. Majikan kemudiannya mengharapkan pekerja tersebut bekerja keras, menyelesaikan pekerjaan mereka tepat pada waktunya dan mengikuti peraturan dan prosedur organisasi (Rupp & Cropanzano, 2002). Ini merupakan satu bentuk kontrak pertukaran sosial antara majikan dan pekerja. Pekerja dalam organisasi yang saling memahami kontrak sosial dan berfikiran positif akan mengembalikan keharmonian organisasi melalui tahap penglibatan dan komitmen mereka (Andrew & Sofian, 2012). Sebaliknya, hubungan yang tidak seimbang tanpa persefahaman antara majikan dan pekerja akan menyebabkan penurunan prestasi dan pengurangan komitmen (Tourigny et al., 2013).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy