Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

115 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Prestasi kerja penjawat awam sering dikaitkan dengan sikap selesa dengan pekerjaan, di mana, kerja sebagai penjawat awam dianggap pekerjaan seumur hidup dan kebal dari sebarang tindakan (Johari & Yahya, 2016; Chen, 2007). Terdapat kes-kes salah laku di tempat kerja dan penurunan prestasi yang tidak diambil tindakan sewajarnya kerana pelbagai faktor. Antaranya, kurangnya penguatkuasaan, sikap sambil lewa pengurusan sumber manusia dan kekurangan bukti untuk mengambil tindakan. Kedudukan perkhidmatan awam sebagai sebuah entiti penting negara, menyebabkan tindakan terhadap pekerja perlu diambil dengan penuh hati-hati bagi mengelakkan tindakan undang-undang oleh pekerja (Jabatan Perkhidmatan Awam, 2009). Selain itu, kerana lemahnya pengurusan sumber manusia, timbul kesukaran untuk mengambil tindakan terhadap pekerja. Sebagai contoh, tanpa bukti-bukti bahawa teguran atau amaran telah diberikan terhadap pekerja yang berprestasi rendah, tindakan tatatertib atau tindakan dasar pemisah (exit policy) sukar dilaksanakan. Proses pemutusan tindakan tatatertib yang mengambil masa yang panjang juga merupakan salah satu cabaran bagi pengurusan prestasi dalam perkhidmatan awam (Jabatan Perkhidmatan Awam, 2009). FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PRESTASI KERJA 1. Kawalan Tingkah Laku dan Sikap Pekerja Prestasi kerja berkait rapat dengan tingkah laku dan sikap pekerja. Pelbagai kajian lalu mendapati tingkah laku mempengaruhi prestasi kerja (Wright & Cropanzano, 2004). Antara kajian awal mengenai hubungan antara tingkah laku, sikap dan prestasi kerja adalah kajian yang dijalankan di Syarikat Western Electric, Hawthorne, Chicago antara tahun 1920 hingga awal tahun 1930-an (Wright & Cropanzano, 2004). Kajian ini dilaksanakan untuk melihat kesan persekitaran fizikal terhadap produktiviti. Dua kumpulan pekerja terlibat dalam kajian ini iaitu kumpulan kawalan yang diberikan persekitaran kerja yang asal dan kumpulan yang diberi persekitaran kerja dengan pencahayaan yang lebih baik. Mereka mendapati bahawa pekerja di kawasan yang

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy