Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

114 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam CABARAN YANG DIHADAPI DALAM PENGURUSAN PRESTASI KERJA PENJAWAT AWAM Dalam menguruskan kecemerlangan prestasi penjawat awam, pelbagai program telah dilaksanakan oleh kerajaan. Program-program dan kempen seperti pelaksanaan Kempen Bersih Cekap dan Amanah, Kempen Kepimpinan Melalui Teladan, Penerapan Nilai-Nilai Murni, Budaya Kerja Cemerlang, Pelan Integriti Nasional dan Program Transformasi Kerajaan adalah sebahagian daripada usaha kerajaan memastikan prestasi penjawat awam berada di tahap yang cemerlang dan seterusnya menghasilkan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti (Fatimah Hanum, 2020). Sebagai contoh, kempen Budaya Kerja Cemerlang diperkenalkan kepada perkhidmatan awam pada tahun 1989 untuk menanam budaya kerja positif dalam kalangan penjawat awam. Budaya Kerja Cemerlang menekankan tingkah laku yang konsisten di tempat kerja yang membawa kepada penyampaian perkhidmatan yang baik. Kecekapan, kebertanggungjawaban, kepercayaan, dedikasi dan komitmen adalah antara ciri teras Budaya Kerja Cemerlang yang diterapkan oleh perkhidmatan awam (Syed Ismail Al-Qudsy, 2008). Walau pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan, namun, masih terdapat persepsi dan stigma negatif terhadap penjawat awam. Isu-isu penyampaian perkhidmatan yang lemah, pegawai yang tidak ramah, cuai serta kurang integriti terus menjadi tajuk utama di akhbar-akhbar (Berita Harian, 2013; New Straits Times, 2012; Sinar Harian, 2015). Selain itu, jumlah aduan yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam juga menunjukkan corak yang membimbangkan. Menurut Biro Pengaduan Awam Malaysia (2020) terdapat 8,992 aduan pada tahun 2019 berbanding 6,408 aduan pada tahun 2015. Jumlah aduan ini telah meningkat sebanyak 40.8% sejak tahun 2015 (Biro Pengaduan Awam Malaysia, 2020). Prestasi kerja penjawat awam sering dikaitkan dengan sikap selesa dengan pekerjaan, di mana, kerja sebagai penjawat awam dianggap pekerjaan seumur hidup dan kebal dari sebarang tindakan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy