Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

xiv Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam POIN NYATA • Flexible work arrangements allow employees to alter, on a temporary or permanent basis, their work schedule, the number of hours they work or the location where they do their work, or to take leave from work to meet responsibilities outside of work • achieve a more satisfying work-life balance • give employees in some occupations more choices and control over where and when and how much they work is a positive development in the work environment • indicated there is a strong relationship between providing FWH or FWA to the level of productivity of an organization • The introduction of FWH by PSD is to provide some flexibility to civil servants. This flexibility will provide civil servants the opportunity to attend to their personal affairs before they come to work Fadzlullah Haleem bin Kamaruddin Social Media in Public Service: Key Benefits and Guides for Government Agencies ABSTRAK Revolusi kemunculan media sosial yang luas dengan berbagai ciri dan faedah telah membantu individu dan kumpulan untuk berhubung dengan lebih baik. Media sosial kini telah menjadi komuniti maya yang besar, dengan persekitaran yang sangat interaktif dan kolaboratif di antara penggunanya. Pihak kerajaan telah menyedari bahawa semakin ramai yang berinteraksi melalui rangkaian media social berbanding melalui laman web. Oleh itu, kehadiran perkhidmatan awam di media sosial dianggap penting pada masa ini. Melalui media sosial, organisasi kerajaan dapat memaklumkan maklumat kepada rakyat, mempromosikan perkhidmatan mereka, mencari pandangan dan maklum balas orang ramai, dan memantau kepuasan perkhidmatan yang ditawarkan untuk meningkatkan kualiti. Namun begitu, masih terdapat banyak organisasi kerajaan di Malaysia, masih tidak memanfaatkan penggunaan media sosial, kerana ia memerlukan perubahan dasar dan tadbir urus yang signifikan, serta pengetahuan, kemahiran dan sumber daya khusus untuk merancang, melaksanakan dan mengurus media sosial. Akibatnya, terdapat beberapa organisasi kerajaan mengabaikan atau menyalahgunakan peluang dan ancaman yang disampaikan melalui media sosial. Pada masa ini, adalah penting bagi organisasi kerajaan di Malaysia untuk mula perlahan- lahan melibatkan diri dan menjadi lebih aktif di media sosial. Kajian desktop ini akan membincangkan dengan lebih lanjut faedah-faedah dan panduan dalam mengembangkan dasar dan strategi media sosial yang berkesan untuk membantu perkhidmatan awam dan organisasi kerajaan melaksanakan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan melalui media sosial

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy