Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

xii Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam • Keadaan ini juga sekiranya berlarutan akan merendahkan lagi keyakinan diri pekerja terbabit apabila berdepan dengan cabaran pekerjaan • Limpahan kesan positif hasil latihan kepada pembangunan dan prestasi pekerja mahupun organisasi, ia perlu dilaksanakan dengan telus tanpa implikasi dan tanggapan yang bersifat negatif • Organisasi hendaklah mewujudkan suatu pendekatan dan persekitaran yang kondusif yang menjurus kepada pembangunan dan peningkatan kemahiran dan kecekapan pekerja • Bakat dalam Perkhidmatan Awam adalah pelbagai, termasuklah tatakelakuan dan tahap kompetensi yang berdasarkan keperluan tertentu memperuntukkan supaya tindakan punitif perlu diambil • Jika disoroti dasar dan peraturan sedia ada, usaha mengawal ketidakakuran pegawai awam telah lama terkandung dan diguna pakai dalam Perkhidmatan Awam. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] telah membariskan dengan jelas keperluan setiap pegawai awam agar sentiasa menjaga prestij dan integriti dalam melaksanakan tugas. Justeru, masih wajarkah Exit Policy dikekalkan? • Dari aspek keterlibatan, pekerja yang merasakan wujudnya situasi kepuasan bekerja akan lebih berusaha untuk melakukan sebaiknya untuk pekerjaannya dan sekaligus meningkatkan prestasi organisasi kerjanya • Pekerja juga perlukan hala tuju yang jelas mengenai tugas dan tanggungjawab yang dipikul serta outcome hasil kerjanya terhadap matlamat organisasi • Tersedia dalam Perkhidmatan Awam, pelbagai bentuk kemudahan yang bertujuan menjaga keperluan penjawat awam termasuk memberi kelonggaran dalam menguruskan hal-hal peribadi. Tujuannya ialah bagi memastikan kebajikan penjawat awam terus terbela supaya penjawat awam kekal produktif, komited dengan kerja dan mampu mengimbangi kerjaya dan kehidupan dengan berkesan • Keberadaan pegawai yang ditafsirkan sebagai berprestasi rendah ini sukar untuk diperjelaskan dengan yakin. Pelaksanaan dasar memerlukan pertimbangan yang rumit dan sering kali dilihat sebagai tidak mengutamakan keadilan kepada individu berprestasi dalam kategori ‘kurang memuaskan’ dan ‘lemah’ itu sendiri. Justeru Exit Policy itu sendiri sukar dimanifestasikan secara tuntas

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy