Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

xi Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Dr. Aizalyasni binti Anuar Exit Policy; Suatu Keperluan Untuk Mengoptimumkan Keberkesanan Penyampaian Perkhidmatan Awam Atau Pendekatan Yang Khilaf Dalam Menangani Permasalahan Berkaitan Bakat ABSTRAK Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015 - Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi Pegawai Yang Berprestasi Rendah Dalam Perkhidmatan Awam digubal dengan hasrat mewujudkan barisan penjawat awam yang berprestasi tinggi dan berintegriti dalam mendepani apa jua cabaran persekitaran. Keberhasilan Perkhidmatan Awam boleh ditafsirkan apabila berjaya mencapai kehendak awam secara efektif dan efisyen, dengan sentiasa mengekalkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan menjaga kepentingan pemegang taruh (stakeholder). Namun, bagaimanakah kekebolehgunaan dan keberkesanan dasar Exit Policy yang diperkenalkan menjelaskan peningkatan prestasi penyampaian perkhidmatan sektor awam yang berprestij dan berintegriti? Atau sebaliknya dasar tersebut sebenarnya khilaf di dalam menangani permasalahan berkaitan bakat yang pelbagai? Situasi lesu upaya (burnout), kurang kemahiran dan pengetahuan dalam jawatan yang ditempatkan termasuk rekabentuk skop kerja yang begitu rigid, perasaan tidak dihargai atau tidak penting di dalam organisasi merupakan antara pengaruh dalam permasalahan pegawai yang mampu ditangani. Persis, kajian mendapati bahawa peraturan-peraturan, program pembangunan kerjaya yang sistematik, malah kaunseling yang berpandu sedia ada secara dasarnya sudah memadai untuk mengawal tatakelakuan pegawai awam demi menjaga kepentingan dan wibawa Perkhidmatan Awam; tanpa perlu melibatkan Exit Policy. POIN NYATA • Penguatkuasaan dasar pemisah yang telah dimulakan pada tahun 2015 bertujuan untuk mengekalkan pegawai yang komited dan berprestasi tinggi. Ini bagi membolehkan Perkhidmatan Awam meningkatkan lagi daya saingnya dalam mendepani cabaran persekitaran masa kini dan akan datang • Kecekapan bakat, atau pekerja ini memainkan peranan yang penting di dalam prestasi penyampaian perkhidmatan; yang secara langsung merujuk kepada prestasi sesebuah organisasi • Apabila pekerja yakin dengan suatu pekerjaan di organisasi yang boleh meningkatkan kerjaya, mereka akan lebih komited untuk berusaha dengan lebih untuk organisasi tersebut • Keadaan lesu upaya pada pekerja sekiranya tidak ditangani akan mengakibatkan prestasi kerja menurun dan lemah; suatu keadaan yang boleh menjejaskan keberhasilan prestasi organisasi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy