Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

x Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Ahmad Hassanuddin Afendy bin Ridzuan Kepentingan Peranan Kerajaan Dalam Pertumbuhan Wilayah Di Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Melaka ABSTRAK Kerajaan telah memainkan peranan untuk menjana keseimbangan pertumbuhan wilayah di Malaysia sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN). Pertumbuhan wilayah dipengaruhi oleh banyak faktor dan yang utama adalah anugerah alam, letakan industri dan sejarah. Berdasarkan faktor-faktor ini, ia telah mewujudkan perbezaan pertumbuhan antara negeri di Malaysia. Oleh itu, peranan Kerajaan adalah perlu untuk memastikan jurang tersebut dapat dikurangkan melalui dasar-dasar dan program pembangunan jangka sederhana dan panjang. Persoalannya sejauhmananakah dasar-dasar ini mampu mengurangkan jurang antara negeri pesat membangun dan lambat membangun? Bagi mengkajinya, tiga (3) buah negeri Semenanjung Malaysia telah dipilih iaitu Pulau Pinang (berorientasikan industri pembuatan), Kedah (jelapang padi) dan Melaka (pelancongan). Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat pengaruh peranan Kerajaan ke atas pertumbuhan KDNK negeri- negeri ini dan seterusnya menganalisis perbandingan antara ketiga- tiga buah negeri. Peranan ini dilihat melalui satu (1) faktor sahaja yang dipilih iaitu pengaruh pelaburan (hak milik asing dan Malaysia sepenuhnya) ke atas kadar perbandaran, sumbangan sektor ekonomi mengikut negeri dan kadar pertumbuhan ekonomi negeri. Analisis dimulakan dengan menggunakan data-data sekunder di Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Jabatan Perangkaan Malaysia dengan melihat hubungkait antara aspek pelaburan, kadar perbandaran, sumbangan sektor mengikut negeri dan kadar pertumbuhan ekonomi. Keputusan hasil dapatan kajian boleh dijadikan syor dan rujukan kepada pihak Kerajaan (terutama UPE serta Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri). POIN NYATA • Didapati wujudnya situasi negeri yang pesat dan lambat membangun walaupun Kerajaan telah berusaha untuk memberikan perhatian dan melaksanakan tindakan untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi di semua peringkat kawasan • Perubahan dalam pengagihan perbelanjaan Kerajaan mengikut lokasi atau sebarang perbelanjaan autonomi lain akan mempengaruhi pendapatan wilayah • Negeri yang berstruktur ekonomi pembuatan dan perkhidmatan dengan amaun yang besar menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi/wilayah yang lebih pesat seperti Pulau Pinang • Sektor pembuatan dan perkhidmatan adalah enjin pertumbuhan sesebuah negeri

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy