Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

67 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam RUMUSAN Demi kepentingan Perkhidmatan Awam, Exit Policy diperkenalkan untuk ‘membersihkan’ Perkhidmatan Awam dengan menamatkan perkhidmatan dan membersarakan pegawai yang berprestasi rendah. Namun, keberadaan pegawai yang ditafsirkan sebagai berprestasi rendah ini sukar untuk diperjelaskan dengan yakin. Pelaksanaan dasar memerlukan pertimbangan yang rumit dan sering kali dilihat sebagai tidak mengutamakan keadilan kepada individu berprestasi dalam kategori ‘kurang memuaskan’ dan ‘lemah’ itu sendiri. Justeru Exit Policy itu sendiri sukar dimanifestasikan secara tuntas. Berdasarkan penjelasan di dalam kajian ini, wujud logik bahawa pendekatan sedia ada bagi pengurusan sumber manusia mampu menangani permasalah berkaitan bakat. Kaedah pengukuran prestasi sedia ada secara prinsipnya sudah mencukupi untuk menilai seseorang pekerja itu dari aspek kebergunaan dan nilai kepada Perkhidmatan Awam. Peraturan-peraturan sedia ada secara dasarnya sudah memadai untuk mengawal tatakelakuan pegawai awam demi menjaga kepentingan, prestij dan integriti Perkhidmatan Awam. Lebih penting, bakat Perkhidmatan Awam perlu dilantik daripada yang berkelayakan, perlu juga dibangunkan dengan ilmu pengetahuan yang wajar untuk mendepani cabaran persekitaran masa kini dan akan datang. Dan yang utama, bakat milik Perkhidmatan Awam perlu diangkat wibawa mereka dengan berhemah. Lantaran, mana mungkin pendekatan yang khilaf diambil mudah dalam menangani permasalahan berkaitan bakat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy