Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

66 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam memberi kesan positif terhadap tingkah laku dan sikap pekerja termasuklah kepuasan dan komitmen kepada pekerjaan. Nilai tambah rekabentuk pekerjaan juga mampu mengimbangi isu kegelisahan dan stres yang mungkin dialami pekerja (Humphrey et al., 2007). Ini berkemungkinan akan memberi kesan positif terhadap prestasi kerja (Morgeson et al., 2006). Penempatan pegawai berdasarkan kelayakan dan tahap kompetensi juga boleh memastikan kecenderungan untuk komited dalam pekerjaan. Untuk menangani isu berkaitan pegawai dengan penghasilan kerja tidak mencapai standard yang ditetapkan, pekerja yang mempunyai kurang pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan tugas dengan baik, dicadangkan agar aspek pembangunan kerjaya pegawai mula dititikberatkan dengan lebih sistematik dan berkesan. Latihan untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran sesuai untuk jawatan yang disandang perlu dilihat secara khusus, dilaksanakan gap analysis dan disusuli dengan tawaran kursus dan latihan yang bersesuaian. Pegawai yang ditafsirkan berprestasi rendah hendaklah diberikan pertimbangan terlebih dahulu; dinilai dengan adil dan diberikan peluang untuk memperbaiki prestasi kerja (Wiedower, 2001), sebelum dimasukkan dalam ‘bakul’ Exit Policy. Pekerja yang mempunyai tahap keterlibatan yang tinggi akan lebih komited dalam pekerjaan dan mampu menyumbang jauh lebih baik daripada keperluan dan ekspektasi pekerjaan (Lockwood, 2007). Keberadaan pegawai yang ditafsirkan sebagai berprestasi rendah ini sukar untuk diperjelaskan dengan yakin. Pelaksanaan dasar memerlukan pertimbangan yang rumit dan sering kali dilihat sebagai tidak mengutamakan keadilan kepada individu berprestasi dalam kategori ‘kurang memuaskan’ dan ‘lemah’ itu sendiri. Justeru Exit Policy itu sendiri sukar dimanifestasikan secara tuntas

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy