Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

65 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Sebagaimana pendapat Morgeson et al. (2006) bahawa pekerja juga perlukan hala tuju yang jelas mengenai tugas dan tanggungjawab yang dipikul serta outcome hasil kerjanya terhadap matlamat organisasi. Berkemungkinan dengan penjelasan yang jelas mengenai tugasan, pekerja akan lebih serius dalam malaksanakan tugas. Kajian literatur juga menerangkan bahawa komitmen organisasi kepada pekerja juga adalah penting untuk mengekalkan tahap keterlibatan dan prestasi pekerja (Opkara, 2004). Komitmen organisasi yang jelas dan berkesan terhadap hal ehwal pekerja akan memberi kesan terhadap sikap, tingkahlaku dan prestasi kerja pekerjanya. Tanpa melibatkan Exit Policy, tersedia dalam Perkhidmatan Awam, pelbagai bentuk kemudahan yang bertujuan menjaga keperluan penjawat awam termasuk memberi kelonggaran dalam menguruskan hal-hal peribadi. Tujuannya ialah bagi memastikan kebajikan penjawat awam terus terbela supaya penjawat awam kekal produktif, komited dengan kerja dan mampu mengimbangi kerjaya dan kehidupan dengan berkesan. Pendekatan ini sejajar dengan hasil kajian Naritsara et al. (2019) yang menunjukkan bahawa gaji dan kemudahan sosial merupakan antara faktor yang boleh mempengaruhi keseimbangan kerjaya dan kehidupan. Dan tanpa terlalu menjurus kepada penamatan perkhidmatan seseorang pegawai awam, pendekatan kaunseling dalam menangani permasalahan berkaitan bakat wajar diberikan keutamaan yang serius. Tersedia pada masa ini pelbagai mod kaunseling yang boleh diaplikasikan berdasarkan permasalahan bakat. Selain itu, pekerjaan yang lebih fleksi juga boleh Pekerja juga perlukan hala tuju yang jelas mengenai tugas dan tanggungjawab yang dipikul serta outcome hasil kerjanya terhadap matlamat organisasi Tersedia dalam Perkhidmatan Awam, pelbagai bentuk kemudahan yang bertujuan menjaga keperluan penjawat awam termasuk memberi kelonggaran dalam menguruskan hal-hal peribadi. Tujuannya ialah bagi memastikan kebajikan penjawat awam terus terbela supaya penjawat awam kekal produktif, komited dengan kerja dan mampu mengimbangi kerjaya dan kehidupan dengan berkesan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy