Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

64 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam dan ketika memberi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Yang di- Pertuan Agung, negara dan Kerajaan. Seorang pegawai awam tidak boleh membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya. P.U.(A) 395 juga menegaskan bahawa pegawai awam tidak boleh berkelakuan dengan sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam, berkelakuan kurang cekap atau kurang berusaha, tidak jujur atau tidak amanah, tidak bertanggungjawab dan cuai dalam melaksanakan tugasnya. Hukuman kepada pegawai awam yang melanggar peraturan boleh sehingga hukuman dibuang kerja. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa suatu peruntukan yang sudah mencukupi untuk menilai seseorang pekerja itu dari aspek kebergunaan dan nilai Perkhidmatan Awam. Exit Policy merujuk kepada pegawai yang penilaian prestasi terkini berada pada tahap kurang daripada 60% atau pencapaian Petunjuk Prestasi Utama adalah di bawah sasaran pada tahun yang dinilai. Walau bagaimanapun, perkara ini hanyalah bagi pegawai bertaraf jawatan tetap. Manakala Peraturan 50, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat, Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] membolehkan pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan dan ditafsirkan oleh Ketua Jabatannya sebagai berprestasi rendah, ditamatkan perkhidmatan dalam tempoh percubaan. Penjelasan-penjelasan di atas tertumpu kepada spirit Exit Policy semata yang begitu menjurus kepada penamatan pegawai yang berprestasi rendah. Antara sorotan kajian literatur mengenai topik ini membangkitkan isu keterlibatan pekerja kepada tugas dan organisasi. Pekerja yang merasakan wujudnya situasi kepuasan bekerja akan lebih berusaha untuk melakukan sebaiknya untuk pekerjaannya dan sekaligus meningkatkan prestasi organisasi kerjanya. Ini juga kerana sumber manusia atau pekerja yang berkebolehan dan cekap merupakan aset penting untuk mencapai matlamat dan strategi organisasi (Osei & Ackah, 2015). Dari aspek keterlibatan, pekerja yang merasakan wujudnya situasi kepuasan bekerja akan lebih berusaha untuk melakukan sebaiknya untuk pekerjaannya dan sekaligus meningkatkan prestasi organisasi kerjanya

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy