Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

63 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Seorang pekerja yang terlibat dengan kerjayanya akan bekerja dengan lebih tekun, komited dan mampu menyumbang jauh lebih baik daripada keperluan dan ekspektasi pekerjaannya (Lockwood, 2007). Pekerja yang mempunyai tahap keterlibatan terhadap kerja yang tinggi lazimnya mempunyai semangat dan keyakinan dalam aktiviti pekerjaannya, dan mereka mampu mengatasi cabaran dalam tugas dengan baik. Lebih dari itu, pekerja yang komited ini akan turut merasakan keseimbangan antara kerjaya dan kesejahteraan dalam kehidupan (Crabtree, 2005). Walau bagaimanapun, bakat dalam Perkhidmatan Awam adalah pelbagai, termasuklah tatakelakuan dan tahap kompetensi yang berdasarkan keperluan tertentu memperuntukkan supaya tindakan punitif perlu diambil. Pelaksanaan Exit Policy secara prinsipnya bertujuan mengekang ketidakakuran pegawai awam dalam melaksanakan tugas. Exit Policy mengguna pakai peruntukan Peraturan 49 di dalam P.U.(A) 395/1993 yang memberi kuasa kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan menamatkan perkhidmatan seorang pegawai demi kepentingan awam. Namun, jika disoroti dasar dan peraturan sedia ada, usaha ini telah lama terkandung dan diguna pakai dalam Perkhidmatan Awam. Justeru, masih wajarkah Exit Policy dikekalkan? Dari aspek kelakuan dan tatatertib pegawai awam, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] telah membariskan dengan jelas keperluan setiap pegawai awam agar sentiasa menjaga prestij dan integriti dalam melaksanakan tugas. P.U.(A) 395 dibuka dengan penetapan bahawa seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa Bakat dalam Perkhidmatan Awam adalah pelbagai, termasuklah tatakelakuan dan tahap kompetensi yang berdasarkan keperluan tertentu memperuntukkan supaya tindakan punitif perlu diambil Jika disoroti dasar dan peraturan sedia ada, usaha mengawal ketidakakuran pegawai awam telah lama terkandung dan diguna pakai dalam Perkhidmatan Awam. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] telah membariskan dengan jelas keperluan setiap pegawai awam agar sentiasa menjaga prestij dan integriti dalam melaksanakan tugas. Justeru, masih wajarkah Exit Policy dikekalkan?

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy