Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

62 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Kajian juga telah membuktikan wujud hubung kait antara rekabentuk pekerjaan dan prestasi pekerja. Jawatan yang pada asasnya bersifat kompleks, memerlukan penggunaan pelbagai kemahiran dan signifikan mempunyai kesan yang positif kepada prestasi pekerja (Morgeson et al., 2006). Kesan daripada itu, pekerja akan lebih menumpukan perhatian dan usaha terhadap menjayakan pekerjaan mereka dan secara langsung meningkatkan mutu kerja (Shalley and Gilson, 2004). Justeru, rekabentuk pekerjaan yang berinovatif akan memberi limpahan kesan positif kepada tingkah laku dan sikap pekerja termasuklah kepuasan dan komitmen kepada pekerjaan. Nilai tambah rekabentuk pekerjaan juga mampu mengimbangi isu kegelisahan dan stres yang dialami pekerja (Humphrey et al., 2007). Ini berkemungkinan akan memberi kesan positif terhadap prestasi kerja secara keseluruhan (Morgeson et al., 2006). Komitmen organisasi merupakan faktor penting dalam menghasilkan prestasi yang berdaya saing (Sahnawaz and Juyal, 2006). Berdasarkan pandangan Morrow (1983), komitmen organisasi adalah konstruk pelbagai dimensi yang berpotensi untuk meramalkan outcome terhadap prestasi, isu ketidakhadiran, tempoh perkhidmatan dan pencapaian visi dan misi organisasi. Kajian terdahulu menyatakan bahawa apabila pekerja yakin dengan suatu pekerjaan di organisasi yang boleh meningkatkan kerjaya, mereka akan lebih komited untuk berusaha dengan lebih untuk organisasi tersebut (Opkara, 2004). Dalam pada itu, pekerja yang komited dan mempunyai keberkesanan diri adalah mereka yang berprestasi tinggi dan penyumbang kepada productiviti organisasi (Samad, 2007). ISI-ISI PERBINCANGAN Secara asasnya, prestasi kerja boleh ditafsirkan sebagai tindakan atau tingkah laku yang bertepatan dengan misi dan visi sesebuah organisasi. Ia turut melibatkan tingkah laku positif mahupun negatif seorang pekerja yang menyumbang kepada matlamat keseluruhan organisasi, atau sebaliknya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy