Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

61 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Kajian terdahulu menunjukkan bahawa dimensi lesu upaya ( burnout ) – keletihan dan prilaku sinis atau sikap terasing daripada pekerjaan, boleh diperhatikan dalam semua kumpulan jawatan (Bakker, Demerouti, & Verbeke, 2004). Keadaan lesu upaya pada pekerja sekiranya tidak ditangani akan mengakibatkan prestasi kerja menurun dan lemah; suatu keadaan yang boleh menjejaskan keberhasilan prestasi organisasi (Motowidlo & Van Scotter, 1994). Keadaan ini juga sekiranya berlarutan akan merendahkan lagi keyakinan diri pekerja terbabit apabila berdepan dengan cabaran pekerjaan, (Bakker, Demerouti, Taris, Schaufeli, & Schreurs, 2003) dan sekaligus memberi kesan yang negatif terhadap prestasi kerja. Dalam mendepani pelbagai masalah melibatkan pengurusan bakat, Osei dan Ackah (2015) melihat latihan sebagai suatu pendekatan yang boleh mengubah tingkah laku, sikap dan nilai seorang pekerja terhadap pekerjaan dan organisasinya. Pekerja juga mampu menambah kemahiran yang perlu bagi melaksanakan tugas dengan lebih berkesan (Seiler, 2010). Namun, bagi membolehkan limpahan kesan positif hasil latihan kepada pembangunan dan prestasi pekerja mahupun organisasi, ia perlu dilaksanakan dengan telus tanpa implikasi dan tanggapan yang bersifat negatif. Untuk itu, organisasi hendaklah mewujudkan suatu pendekatan dan persekitaran yang kondusif yang menjurus kepada pembangunan dan peningkatan kemahiran dan kecekapan pekerja. (Aktas et al., 2011). Keadaan lesu upaya pada pekerja sekiranya tidak ditangani akan mengakibatkan prestasi kerja menurun dan lemah; suatu keadaan yang boleh menjejaskan keberhasilan prestasi organisasi Keadaan ini juga sekiranya berlarutan akan merendahkan lagi keyakinan diri pekerja terbabit apabila berdepan dengan cabaran pekerjaan Limpahan kesan positif hasil latihan kepada pembangunan dan prestasi pekerja mahupun organisasi, ia perlu dilaksanakan dengan telus tanpa implikasi dan tanggapan yang bersifat negatif Organisasi hendaklah mewujudkan suatu pendekatan dan persekitaran yang kondusif yang menjurus kepada pembangunan dan peningkatan kemahiran dan kecekapan pekerja

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy