Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

60 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam pekerja ini memainkan peranan yang penting di dalam prestasi penyampaian perkhidmatan; yang secara langsung merujuk kepada prestasi sesebuah organisasi. Ini adalah kerana sumber manusia atau pekerja yang berkebolehan dan cekap merupakan aset penting untuk mencapai matlamat dan strategi organisasi (Osei & Ackah, 2015). Justeru, setiap pekerja perlu mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai kehendak jawatan dan matlamat organisasi, manakala skop dan deskripsi tugas yang telah ditetapkan hendaklah selari dengan matlamat organisasi yang telah digariskan (Swarnalatha & Prasanna, 2012). Scenario sebegini boleh mewujudkan situasi kepuasan bekerja dan meningkatkan keterlibatan pekerja terhadap tugas dan organisasi (Osei & Ackah, 2015). Kecekapan pekerja yang kompeten dan komited akan meningkatkan potensi kejayaan organisasi dan dalam masa yang sama mengurangkan pembaziran (Forkouh et al., 2012). Dan apabila seseorang pekerja mempunyai tahap keterlibatan yang tinggi terhadap pekerjaannya dan memberkan nilai tambah dalam proses tugas, situasi ini akan mencetuskan impak yang positif kepada prestasi organisasinya (Baumruk & Gorman, 2006). Dalam pada itu, prestasi setiap pekerja boleh dinilai dan diukur melalui pelbagai kombinasi kaedah melibatkan aspek tatakelakuan dan penyelesaian tugas (Motowidlo, 2003). Secara realistiknya, pencapaian prestasi berdasarkan suatu nilai dan pertimbangan yang relatif boleh menjelaskan prestasi organisasi secara keseluruhan (Wall et al., 2004). Dalam pada itu, Wiedower (2001) lebih cenderung dalam menegaskan bahawa pengukuran prestasi berdasarkan penilaian mutu kerja mampu memberikan kebolehpercayaan yang lebih tinggi dalam mengukur prestasi pekerja. Kecekapan bakat, atau pekerja ini memainkan peranan yang penting di dalam prestasi penyampaian perkhidmatan; yang secara langsung merujuk kepada prestasi sesebuah organisasi Apabila pekerja yakin dengan suatu pekerjaan di organisasi yang boleh meningkatkan kerjaya, mereka akan lebih komited untuk berusaha dengan lebih untuk organisasi tersebut

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy