Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

59 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PERSOALAN KAJIAN Persoalan-persoalan yang hendak dijawab melalui kajian ini adalah: i. mampukah pelaksanaan Exit Policy meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan? ii. bagaimana untuk mengekalkan pegawai yang komited, berprestasi tinggi dan berdaya saing? iii. bagaimanakah permasalahan bakat lazimnya ditangani dan adakah ia berkesan? iv. penjawat awam bagaimanakah yang layak untuk dikenakan tindakan penamatan perkhidmatan melalui dasar Exit Policy? KAJIAN LITERATUR Terdahulu telah disebut pandangan Verbeeten (yang dipetik oleh Gieske et al., 2019) bahawa keberhasilan suatu perkhidmatan awam boleh ditafsirkan sebagai mencapai kehendak awam secara efektif dan efisyen, dengan sentiasa mengekalkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan menjaga kepentingan stakeholder . Pandangan tersebut disambut Yang dan Pandey (2007), di mana keberhasilan ini lazimnya diukur melalui tahap kecekapan, keberkesanan dan kualiti penyampaian perkhidmatan, kadar responsif dan sifat keterhadapan dalam menjaga kepentingan stakeholder. Hal yang sama juga diungkap para penyelidik lain termasuk Suliman (2001) bahawa prestasi adalah variabel penting bagi sesuatu organisasi kerja. Ia juga merupakan indikator yang signifikan dalam kajian-kajian terdahulu mengenai pengukuran prestasi organisasi (Wall et al., 2004). Secara asasnya, kecekapan dan kualiti penyampaian perkhidmatan merujuk kepada kecekapan dan kemahiran modal insan, atau bakat milik suatu perkhidmatan atau organisasi dalam melaksanakan tugas (Andrews et al., 2010). Berbanding sumber kewangan dan teknologi, kecekapan bakat, atau

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy