Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

58 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Keberhasilan suatu perkhidmatan awam pada pandangan Verbeeten (yang dipetik oleh Gieske et al., 2019) boleh ditafsirkan sebagai mencapai kehendak awam secara efektif dan efisyen, dengan sentiasa mengekalkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan menjaga kepentingan pemegang taruh ( stakeholder ). Ini lazimnya diukur melalui tahap kecekapan, keberkesanan dan kualiti penyampaian perkhidmatan, kadar responsif dan sifat keterhadapan dalam menjaga kepentingan pemegang taruh (Yang & Pandey, 2007). Pada masa yang sama, saiz Perkhidmatan Awam yang direkodkan pada masa kini adalah sekitar 1.6 juta orang; suatu saiz yang kepada pelbagai pihak merupakan satu jumlah yang terlalu besar dan membazirkan Kerajaan dari segi ekonomi. Wibawa Perkhidmatan Awam dipersoalkan, justeru pelbagai tohmahan dan andaian mempersoalkan kewajaran mengekalkan saiz yang keterlaluan. Ini termasuklah gesaan supaya tapisan dilakukan dengan menyingkirkan modal insan deadwood daripada sistem perkhidmatan. Lantaran, bermula tahun 2015, PP7/2015 diperkenalkan dengan rasional utama iaitu untuk mengekalkan pegawai yang komited, berprestasi tinggi dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran persekitaran masa kini dan akan datang . Namun, pasca 5 tahun pelaksanaannya, wajar untuk dikaji semula keberkesanan dasar terutama dari aspek spirit of the policy dan outcome yang telah berjaya diraih. OBJEKTIF Objektif kajian ini adalah bagi mengenal pasti kekebolehgunaan dan keberkesanan dasar Exit Policy yang telah diperkenalkan dalammeningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan sektor awam. Atau sebaliknya adakah dasar tersebut merupakan pendekatan yang khilaf di dalam menangani permasalahan berkaitan bakat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy