Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

57 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PENGENALAN “Bagi memastikan penyampaian Perkhidmatan Awam tidak terjejas, Kerajaan akan mengambil tindakan untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah daripada Perkhidmatan Awam. Penamatan perkhidmatan pegawai dalam kategori ini adalah dibuat setelah Kerajaan mengambil kira prestasi, kelakuan, nilai-nilai kebergunaan pegawai kepada perkhidmatan, kegagalan pegawai untuk memenuhi apa-apa syarat perkhidmatan dan segala hal keadaan lain yang ditentukan oleh Kerajaan.” - Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015 (PP7/2015) - Pelaksanaan Dasar Pemisah ( Exit Policy) Bagi Pegawai Yang Berprestasi Rendah Dalam Perkhidmatan Awam Petikan daripada PP7/2015 di atas jelas menerangkan mengenai kepentingan Kerajaan menjaga wibawa Perkhidmatan Awam. Penguatkuasaan dasar pemisah yang telah dimulakan pada tahun 2015 bertujuan untuk mengekalkan pegawai yang komited dan berprestasi tinggi. Ini bagi membolehkan Perkhidmatan Awam meningkatkan lagi daya saingnya dalam mendepani cabaran persekitaran masa kini dan akan datang selaras dengan matlamat mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi dan berintegriti. Perkara ini turut dipersetujui Osei, A. J. dan Ackah, O. (2015) yang menyatakan bahawa sumber manusia yang efisyen memainkan peranan yang penting di dalam prestasi sesebuah organisasi. Penguatkuasaan dasar pemisah yang telah dimulakan pada tahun 2015 bertujuan untuk mengekalkan pegawai yang komited dan berprestasi tinggi. Ini bagi membolehkan Perkhidmatan Awam meningkatkan lagi daya saingnya dalam mendepani cabaran persekitaran masa kini dan akan datang

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy