Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

56 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Exit Policy ; Suatu Keperluan Untuk Mengoptimumkan Keberkesanan Penyampaian Perkhidmatan Awam Atau Pendekatan Yang Khilaf Dalam Menangani Permasalahan Berkaitan Bakat Dr. Aizalyasni binti Anuar, M52 ABSTRAK Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015 - Pelaksanaan Dasar Pemisah ( Exit Policy) Bagi Pegawai Yang Berprestasi Rendah Dalam Perkhidmatan Awam digubal dengan hasrat mewujudkan barisan penjawat awam yang berprestasi tinggi dan berintegriti dalam mendepani apa jua cabaran persekitaran. Keberhasilan Perkhidmatan Awam boleh ditafsirkan apabila berjaya mencapai kehendak awam secara efektif dan efisyen, dengan sentiasa mengekalkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan menjaga kepentingan pemegang taruh ( stakeholder ). Namun, bagaimanakah kekebolehgunaan dan keberkesanan dasar Exit Policy yang diperkenalkan menjelaskan peningkatan prestasi penyampaian perkhidmatan sektor awam yang berprestij dan berintegriti? Atau sebaliknya dasar tersebut sebenarnya khilaf di dalam menangani permasalahan berkaitan bakat yang pelbagai? Situasi lesu upaya ( burnout ), kurang kemahiran dan pengetahuan dalam jawatan yang ditempatkan termasuk rekabentuk skop kerja yang begitu rigid, perasaan tidak dihargai atau tidak penting di dalam organisasi merupakan antara pengaruh dalam permasalahan pegawai yang mampu ditangani. Persis, kajian mendapati bahawa peraturan-peraturan, program pembangunan kerjaya yang sistematik, malah kaunseling yang berpandu sedia ada secara dasarnya sudah memadai untuk mengawal tatakelakuan pegawai awam demi menjaga kepentingan dan wibawa Perkhidmatan Awam; tanpa perlu melibatkan Exit Policy.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy