Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

viii Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam SUSUNAN ABSTRAK DAN POIN NYATA Afkhar Razi bin Mohamed@Ariffin Intervensi Kerajaan Dalam Pembangunan Sosial: Perspektif Keusahawanan Francais ABSTRAK Dalam usaha Kerajaan menaik taraf ekonomi domestik pelbagai inisiatif telah diperkenalkan di dalam Rancangan Malaysia di samping mempelbagaikan penglibatan aktiviti ekonomi masyarakat terutamanya Bumiputera. Beberapa inisiatif bersifat intervensi dan juga integrasi telah dilaksanakan melalui polisi “Masyarakat Perdagangan dan Industri Bumiputera” (MPPB). Sektor perniagaan francais telah menjadi salah satu fokus dalam MPPB disebabkan kaedah perniagaan yang lengkap dan dilihat mudah untuk membina budaya keusahawanan. Intervensi ini memberikan kesan yang besar terhadap hala tuju francais di Malaysia termasuk baik dan buruknya. Kesan terhadap penggiat francais tempatan amat ketara dan paling terkesan justeru itu pihak pembuat polisi perlu meneliti setiap polisi yang diperkenalkan bagi mendapat faedah yang maksimal dan meminimumkan sebarang kesan buruk jika ada. Intervensi dalam ekonomi jua sering dilihat gangguan terhadap efisiensi dalam sektor ekonomi dan menjadikan ia tidak terbuka seterusnya menjadi penghalang kepada perkembangan ekonomi secara organik. Perlu dilihat intervensi Kerajaan ini sama ada perlu diteruskan atau dinilai semula bagi mencapai objektif yang diharapkan POIN NYATA • Francais di Malaysia telah bermula sejak awal tahun 1940’an lagi (Awalan, 1999) apabila jenama Singer yang juga antara pelopor awal sistem francais yang terawal • Malaysia merupakan negara pertama yang telah menggubal Akta Francais 1998 bertujuan mengawal selia pembangunan francais negara. Ia antara lain mampu membendung isu syarikat “fly by night company” yang hanya wujud bagi tujuan penyelewengan dan menawarkan skim francais yang hanya bertujuan mendapatkan fi francais dan yuran semata • Bilangan francais Bumiputera menurun terutama selepas RMKe-10 apabila peruntukan daripada Kerajaan dikurangkan secara drastik dan fokus pelaksanaan bersifat lebih inklusif untuk masyarakat di Malaysia • Syarikat atau masyarakat francais yang paling mapan dari negara- negara asing merasa iri terhadap francais di Malaysia kerana sokongan besar dari kerajaan untuk mengembangkan ekonomi melalui kaedah ini

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy