Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam Abstrak Perkhidmatan awam di Malaysia mengalami proses perubahan disebabkan faktor luaran seperti perubahan struktur kepimpinan dan pentadbiran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 pada tahun 2022. Perubahan yang berlaku telah menyebabkan kepimpinan kerajaan memperkenalkan konsep dan dasar baharu iaitu Malaysia MADANI bagi menggantikan jenama keluarga Malaysia. Konsep MADANI kedengaran asing dan memerlukan kefahaman dan penjelasan daripada segi maksudnya. Selain itu, cabaran dalam menguruskan perubahan dalam perkhidmatan awam, antaranya memerlukan pemimpin yang berkebolehan serta pelan komunikasi yang strategik untuk menyampaikan maklumat dengan efektif. Sehubungan itu, kajian ini disediakan melalui kaedah penyelidikan desktop dengan menggunakan data sekunder sedia ada. Dalam hubungan ini, kajian lepas menunjukkan kepimpinan transformasi serta komunikasi strategik mempunyai impak yang besar terhadap proses perubahan dalam sesebuah organisasi. Secara praktikalnya, kajian ini menyediakan inisiatif yang menonjolkan kepentingan gaya kepimpinan transformasi oleh seseorang pemimpin untuk membina dan meningkatkan kepercayaan penjawat awam mengenai konsep Malaysia MADANI serta bagaimana pelan komunikasi yang terangkum dan strategik dapat memangkin usaha tersebut. Dijangkakan, kajian ini akan memberi kesedaran mengenai impak gaya kepimpinan transformasi dan komunikasi strategik dalam konteks perubahan yang dilaksanakan di perkhidmatan awam serta memperkaya asas teori tingkah laku di dalam organisasi. Kata Kunci: Kepimpinan transformasi, komunikasi strategik, Malaysia MADANI, perubahan organisasi, perkhidmatan awam KEPENTINGAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI DAN KOMUNIKASI STRATEGIK UNTUK MELAKSANAKAN KONSEP MALAYSIA MADANI DALAM PERKHIDMATAN AWAM Kaishune Surang
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy