Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

95 VARIA RANAH 2023 Kecerdasan Buatan (AI) dalam Perkhidmatan Awam yang MADANI Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sendiri turut menggunakan Targit, sebuah aplikasi berkeupayaan AI dalam membuat analisis data HRMIS. Dengan menggunakan Targit, pengguna dapat memvisualisasi data HRMIS agar dapat membantu dalam memahami maklumat penting dan mempercepatkan pembuatan keputusan. Lebih penting, keupayaan AI dalam Targit membolehkan analisis data dilakukan, ia membolehkan pengguna mengenal pasti corak, trend, dan korelasi dalam data, memudahkan pengambilan keputusan berasaskan data. Targit juga berkeupayaan melakukan pemantauan ke atas petunjuk prestasi utama dan data secara masa nyata. RANTAIAN KE HADAPAN Malaysia Madani adalah sebuah konsep untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih manusiawi, maju, dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah, dan kearifan tempatan. Enam nilai teras di dalam konsep Malaysia Madani jelas memberikan penekanan yang tinggi terhadap elemen manusiawi. Oleh yang demikian, adaptasi dan pembudayaan AI pada sektor-sektor tertentu di dalam perkhidmatan awam akan memberikan cabaran kepada konsep Malaysia Madani. Oleh itu, penggunaan AI dalam Malaysia Madani perlu dilakukan dengan bijak dan bertanggungjawab, serta mengambil kira aspek-aspek seperti; i) memastikan AI mematuhi prinsip-prinsip etika universal dan nilai-nilai Madani; ii) Mempromosikan kerjasama dan dialog antara pelbagai pihak yang berkepentingan dengan AI; iii) Membina kapasiti dan literasi AI dalam kalangan rakyat Malaysia; dan akhir sekali adalah iv) mengawal selia dan menyelia aktiviti-aktiviti berkaitan AI dengan adil dan telus. Pendekatan dalam mengaplikasikan AI dalam perkhidmatan awam juga perlu diperhalusi bagi memastikan kesiap siagaan dari segi kemahiran penggunanya sama ada dari pihak kerajaan mahupun masyarakat umum. Pembangunan infra fizikal serta kemahiran pengguna juga perlu seiring bagi mengurangkan jurang dikalangan masyarakat. Selaras dengan pembangunan berasaskan manusiawi, pengurusan sumber manusia dalam menghadapi cabaran AI juga penting, terutama mereka yang terkesan dengan automasi oleh AI. Perancangan untuk meningkatkan kemahiran atau menambah kemahiran baru adalah perlu kepada mereka yang terlibat terutamanya meningkat kemahiran berkaitan kreatif dan juga interaksi sosial yang lebih kompleks. Perubahan teknologi yang revolusioner seperti AI ini semesti membawa cabaran baru namun ia juga membuka peluang dan perspektif baru dalam etika dan budaya kerja serta organisasi. Pendekatan Madani yang diterapkan adalah bersesuaian pada masanya dalam memastikan teknologi yang dibangunkan bukan sahaja bermanfaat kepada manusia bahkan sekadar peralatan kepada pembangunan sahsiah sosial dab bukannya menjadi satu sembahan yang boleh meranapkan peradaban manusia.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy