Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

94 Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam menggariskan pelbagai inisiatif yang mencakup bidang ekonomi digital, termasuk teknologi maklumat, penstrukturan industri, perundangan, pendidikan, dan peningkatan modal insan. Dokumen ini memberikan tumpuan kepada aspekaspek seperti pembangunan infrastruktur teknologi, peningkatan keboleh capaian digital, pemantapan keselamatan siber, dan peningkatan penggunaan teknologi dalam pelbagai sektor ekonomi. Dokumen ini memberikan landasan strategik bagi Malaysia untuk menghadapi cabaran dan memanfaatkan peluang dalam era ekonomi digital global. Penulis mendapati strategi di dalam dokumen ini turut memberi penekanan ke atas elemen manusiawi. Ianya dilihat selari dengan konsep Malaysia MADANI semasa dan akan memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya. Namun begitu, dokumen ini turut menyatakan bahawa kejayaan perancangan adalah bergantung kepada kerjasama di antara masyarakat, entiti perniagaan dan kerajaan sendiri. Enam strategi yang dibangunkan di dalam dokumen ini dilihat sebagai pendorong untuk mempercepatkan ekonomi digital di Malaysia. Struktur pentadbiran yang jelas dan rangka kerja pelaksanaan juga akan membolehkan Malaysia sentiasa komited untuk menjadi fleksibel, mampan dan progresif dalam mencapai status negara berekonomi digital yang berkembang pesat. iv) Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030 Manakala bagi Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030 pula, ianya dibangunkan dengan mengambil kira keperluan rakyat dan cabarancabaran masa hadapan. Dasar yang dibangunkan ini menggariskan hala tuju kerajaan, bentuk kepimpinan dan pengaruh untuk memacu sains, teknologi, inovasi dan ekonomi ke arah negara berteknologi tinggi. Bagi memastikan Malaysia mencapai kejayaan ini, perancangan harus dilaksanakan dengan teliti melalui kerjasama, penyelarasan dan komitmen yang menyeluruh bagi memastikan setiap rakyat Malaysia dapat menikmati faedah yang maksimum daripada teknologi-teknologi yang dibangunkan seterusnya mencapai keharmonian, kemakmuran dan ekonomi yang mampan. Dokumen ini lebih tertumpu kepada peranan kerajaan dalam membantu mengukuhkan hubungan dan jalinan kolaborasi antara kerajaan dengan pihak industri, akademik dan masyarakat. Peranan kerajaan yang ditekankan adalah berfokuskan kepada tadbir urus teknologi, sains dan inovasi. Disini, peranan sektor industri dan akademik diposisikan pada barisan hadapan yang mana kedua-dua pihak ini dapat menterjemahkan sesuatu idea kepada produk, proses, perkhidmatan dan kaedah penyelesaian yang baharu. Suara dan pandangan masyarakat juga menjadi pertimbangan dalam proses kolaborasi ini. Kerajaan memainkan peranan penting untuk memperkukuhkan lagi keupayaan industri yang melibatkan sains, teknologi, inovasi dan ekonomi melalui pelbagai kaedah dan insentif. C. Adaptasi Teknologi AI Dalam Perkhidmatan Awam Tanpa disedari, pelbagai langkah berterusan telahpun diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan mutu dan penyampaian perkhidmatan awam agar lebih efisien. Antara langkah berterusan yang boleh disenaraikan di dalam artikel ini adalah penggunaan teknologi cloud server berkeupayaan AI dalam pengurusan data dan transaksi awam. Antaranya adalah MyCloud, sistem e-Perolehan dan pengurusan dokumen secara elektronik.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy