93 VARIA RANAH 2023 Kecerdasan Buatan (AI) dalam Perkhidmatan Awam yang MADANI Dokumen ini juga telah menetapkan Automasi dalam Perkhidmatan Awam pada projek ke-11 yang berobjektifkan penciptaan perkhidmatan awam yang lebih responsif, bertanggungjawab, mengikut masa yang ditetapkan bagi memenuhi keperluan pengguna. Menerusi projek ke-11 ini, sesebuah organisasi perkhidmatan awam akan dapat memfokuskan kepada penyampaian perkhidmatan yang kritikal, penjimatan serta meningkatkan produktiviti. Dokumen ini memperlihatkan bahawa kerajaan menerusi MOSTI telahpun mempunyai polisi yang jelas berhubung dengan usaha pengautomasian perkhidmatan awam. Maka, dokumen ini boleh dijadikan sebagai rujukan sekiranya berbangkit isu-isu yang dikaitkan dengan pengautomasian perkhidmatan awam. ii) Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara Dokumen Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara adalah satu panduan strategik yang bertujuan untuk mempersiapkan Malaysia menghadapi cabaran dan peluang yang dibawa oleh era revolusi perindustrian keempat. Dokumen ini meliputi strategi dan inisiatif untuk memanfaatkan teknologi dan inovasi seperti AI, Internet of Things (IoT), automasi, robotik, dan big data dalam transformasi industri dan ekonomi Malaysia. Dasar ini memberikan tumpuan kepada bidang seperti pembangunan infrastruktur digital, keupayaan teknologi, peluang pekerjaan berdigitalkan, perlindungan data dan privasi, serta transformasi pendidikan dan keupayaan modal insan. Melalui dasar ini, Malaysia berharap dapat meningkatkan daya saing negara dalam arena global dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi sambil memastikan manfaat yang inklusif dan mampan kepada rakyat Malaysia. Menerusi dokumen ini juga, kerajaan telah menetapkan panduan utama dan hala tuju strategik kepada kementerian dan agensi dalam penggubalan dasar dan pelan tindakan bagi mengoptimumkan pengagihan sumber dan penyelerasan pelaksanaan dalam perkara yang berkaitan dengan teknologi baru termasuklah AI. Hala tuju yang ditetapkan kerajaan adalah bagi memanfaatkan potensi teknologi-teknologi semasa termasuklah teknologi AI dan menangani risiko yang wujud. Ia membolehkan negara merealisasikan visi untuk mencapai pertumbuhan yang inklusif, seimbang, bertanggungjawab dan mampan. Dokumen dasar yang dibangunkan ini menggariskan tiga objektif, empat teras dasar dan 16 strategi untuk mempersiapkan negara menguasai teknologi-teknologi baru hasil daripada kesan revolusi perindustrian keempat. Inisiatif-inisiatif yang dirancang meliputi peringkat sektoral dan juga peringkat nasional. Inisiatif-inisiatif ini dilihat akan dapat meningkatkan keupayaan tempatan dalam memanfaatkan peluang yang terhasil, mempertingkatkan pemeliharaan integriti ekologi dan menambah baik kualiti kehidupan rakyat. Disini, penulis berpandangan bahawa dokumen ini secara langsung telah merungkai permasalahan-permasalahan seperti mana yang telah disenaraikan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu terhadap penggunaan AI di dalam perkhidmatan awam. iii) Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia adalah sebuah dokumen yang menerangkan perancangan strategik yang bertujuan untuk mendorong transformasi Malaysia menjadi sebuah ekonomi digital yang berdaya saing. Ia
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy