92 Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam Dari segi pelaburan asing pula, Malaysia berada pada kedudukan yang lebih rendah jika dibandingkan dengan negara jiran Singapura mahupun Indonesia (rujuk Rajah 5). Syarikat teknologi gergasi Google merupakan salah satu syarikat asing yang melabur di dalam pembangunan teknologi AI Singapura. Nilai pelaburan asing yang melebihi 7 bilion USD ini meletakkan Singapura sebagai sebuah negara Asia yang mendominasi teknologi AI dunia. Rajah 5: Graf Pelaburan Ke Atas Teknologi AI Malaysia dan Negara Jiran B. Dasar dan Halatuju AI Dalam Perkhidmatan Awam Penulis mendapati kerajaan Malaysia telahpun mula mengorak langkah dalam mendepani cabaran yang diberikan oleh teknologi AI. Terdapat empat dokumen utama iaitu i) Malaysia National Artificial Intelligence Roadmap 2021-2025; ii) Dasar Revolusi Industri Keempat (4IR) Negara; iii) Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia; dan iv) Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030 yang mana dua dokumen telah dibangunkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (kini telah menjadi Kementerian Ekonomi) dan dua dokumen dibangunkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). i) Malaysia National Artificial Intelligence Roadmap 2021-2025 Dokumen Malaysia National Artificial Intelligence Roadmap 2021-2025 (AI-RMAP) adalah satu panduan strategik yang membentangkan perancangan negara bagi membangunkan keupayaan AI di Malaysia. Matlamat utama yang diketengahkan di dalam dokumen ini adalah mempercepatkan penggunaan dan perkembangan AI dalam pelbagai sektor ekonomi dan masyarakat Malaysia. Dokumen ini merangkumi pelbagai inisiatif yang melibatkan pembangunan modal insan, penyelidikan dan inovasi, infrastruktur teknologi, serta etika dan tadbir urus AI. Halatuju yang dibawa oleh dokumen ini adalah menekankan kerjasama antara sektor awam, swasta dan akademik untuk memastikan kejayaan dan keselarasan dalam penggunaan AI di Malaysia. Dokumen ini menjadi panduan strategik untuk memandu pembangunan AI yang berkekalan dan berimpak positif ke arah mencapai visi negara sebagai negara berkeupayaan AI yang mapan. Terdapat tiga asas utama yang digariskan bagi membangunkan AI di Malaysia. Tiga asas utama tersebut adalah; i) Penjajaran strategik ke atas dokumen-dokumen strategi di peringkat nasional mahupun global yang berkaitan dengan sains, teknologi dan inovasi; ii) Kolaborasi strategik diantara kerajaan, akademia, industri dan masyarakat; dan iii) Pelaksanaan 100% secara maya kerja-kerja seperti mesyuarat, pembentangan projek daripada peringkat awal sehingga akhir dan juga penggunaan cloud dalam penyiapan dokumen.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy