91 VARIA RANAH 2023 Kecerdasan Buatan (AI) dalam Perkhidmatan Awam yang MADANI Penulis juga mendapati institusi pengajian tinggi awam Malaysia secara konsisten terlibat di dalam kajian teknologi AI. Carian data yang diperolehi daripada pangkalan data Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) menunjukkan trend peningkatan penerbitan kajian AI oleh institusi pengajian tinggi awam Malaysia pada sepanjang tahun 2000-2022 (rujuk Rajah 3). Walaupun graf menunjuk terdapat turun dan naik dalam tempoh 22 tahun, namun secara keseluruhan ia masih menunjukkan trend yang meningkat. Rajah 3: Graf Trend Penerbitan Kajian Berkaitan Teknologi AI oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia bagi tempoh 2000-2022. Sumber: OECD Selain daripada kajian yang dijalankan oleh institusi pengajian tinggi awam, pembangunan projek yang berkeupayaan AI juga menjadi perhatian penulis memandangkan ianya adalah satu petunjuk yang dapat menggambarkan realiti sebenarnya dan keupayaan AI Malaysia. Carian data telah menghasilkan perbandingan peratus peningkatan bilangan projek berkeupayaan AI bagi Malaysia dan negara-negara jiran. Berdasarkan graf yang dipaparkan pada Rajah 4, dapat dilihat bahawa trend pembangunan projek AI Malaysia pada sepanjang tahun 2011-2022 adalah rendah jika hendak dibandingkan dengan negara-negara jiran yang lebih tinggi iaitu Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Trend pembangunan projek AI yang perlahan ini dilihat tidak selari dengan trend penerbitan kajian AI oleh institusi pengajian tinggi awam Malaysia. Pelbagai faktor boleh diketengahkan dalam penulisan ini, namun penulis cenderung kepada kemungkinan masih lagi kurang kerjasama di antara institusi akademik dan juga entiti perniagaan dalam membangunkan sesebuah projek yang berkeupayaan AI. Malah, berkemungkinan juga ianya mempunyai kaitan dengan halatuju kerajaan yang berhati-hati dalam mengadaptasi penggunaan teknologi AI. Rajah 4. Graf Penglibatan Malaysia dan Negara Jiran Terhadap Pembangunan Projek AI bagi tempoh 2011-2022. Sumber: OECD
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy