mempunyai pendapatan dan hanya bergantung harap kepada anak yang memelihara mereka. Dalam situasi ini, anak-anak akan merasa terbeban untuk memelihara ibu bapa yang tua kerana kos sara hidup tinggi tambahan pula mereka juga mempunyai anak-anak yang sedang membesar serta memerlukan biaya kos dan hal ini akan melonjakkan kos sara kehidupan menjadi lebih tinggi. Persekitaran yang tidak menyokong keperluan warga tua menambahkan beban kepada anak-anak yang menjaga ibu bapa yang telah tua. Kurangnya kemudahan awam yang mesra warga tua menyukarkan anak-anak membawa ibu bapa yang telah tua untuk keluar bersosial. Sudah sampai masanya Pihak Berkuasa Tempatan merancang persekitaran terutama kawasan perumahan yang mesra warga tua agar mereka dapat meneruskan aktiviti masing-masing dan tidak rasa terpinggir dalam masyarakat. Mereka memerlukan hidup berkomuniti, memerlukan masyarakat yang saling bantu-membantu, ambil peduli dan bekerjasama agar hidup mereka terus sejahtera. Pihak kerajaan juga perlu meningkatkan usaha agar lebih banyak program kesedaran individu, keluarga dan masyarakat mengenai warga tua dan proses penuaan. Pemahaman yang betul mengenai warga tua dan proses penuaan akan menyedarkan masyarakat serta individu terutama mereka yang membuat perancangan untuk lebih prihatin dan sentiasa peka terhadap keperluan serta keinginan warga tua. Antara perkara yang sering berlaku terhadap warga tua adalah berkitan dengan aspek psikologi seperti kemurungan, masalah kesihatan mental, merasa terasing, kesunyian dan sebagainya. Perkara seperti ini perlu ditangani dengan serius dan tidak boleh diabaikan kerana ia akan membawa kepada isu yang lebih buruk. Ada kalanya aspek psikologi ini akan menjadi cabaran besar kepada keluarga yang menjaga warga emas kerana kebanyakan anggota keluarga tidak mahir malah tidak tahu bagaimana untuk menangani masalah ini. Ahli keluarga juga sukar untuk mendapatkan nasihat mahupun bantuan dari mana-mana pihak bagi menangani aspek psikologi warga tua kerana negara kita tidak mempunyai kemudahan dan pusat bantuan yang mencukupi sebagai rujukan masyarakat. 8 Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy